Recent Posts

Sunday, November 20, 2011

kek pisang bercoklat... acara perasmian

assalamualaikum....

rasa cepat je masa berlalu... dah pun petang. kakak lena, incik ali pulak dah bangun.. akhir2 nih rasa penat sgt2.. layan keletah dua orang anak je pun, dah keluh kesah... ya Allah, berat sungguh tugas seorang ibu dlm mendidik anak2... nak2 bagi orang yg kurang sabar macam saya ni... kdg2 sebelum tidur, saya sempat mengenang kembali perjalanan seharian saya menjalankan tugas sbg seorang ibu... m'buatkan hati saya sebak dan air mata mengalir.. sesungguhnya terasa saya GAGAL menjadi ibu yang baik.. tetapi saya masih tidak berputus asa..

ok, berbalik pada menu kek kat bawah ni.. ni ialah salah satu kek kegemaran en.suami. dah berkali2 buat kek pisang bercoklat ni.. mmg rasanya tidak boleh disangkal.. patutlah en.suami suka. pernah beberapa kali jgk dia minta saya buat kek ni, klu ada stok pisang. atau bila saya tanyakan dia, nak buat apa ngn pisang nih? tentu dia suruh saya buat kek ni...





nampak menyelerakan je bila tengok coklat yg mencair kat tengah2 tu kan? hihi sengaja saya potongkan coklat masakan tu besar2... biar terasa bila menggigitnya :)... balik raya haji aritu, ambik sesikat pisang kapas yg masih belum masak kat rumah... ada bersikat2, tp takut pulak membazir.. cakap dengan ma, bagi je saya sesikat.. pastu dengan masa yg sgt sempit, meranum je pisang tuh kat luar. setelah beberapa ari duk dlm peti ais, dr rumah lama ke rumah baru... baru lah berkesempatan nak gunakan pisang tu ari rabu lepas.. ada 2,3 biji bakinya saya buatkan pankek pisang utk budak2 ni makan pagi tadi...

bila masuk rumah baru, mestilah nak kena rasmikan dapur dan oven baru... menu pertama yg saya masak kat rumah nih ialah laksa sarawak. kebetulan adik bongsu saya ada dan dia sukakan laksa sarawak... dan pada ari rabu tu, barulah rasa teringin nak merasmikan oven ni...


ok, klu nak resipi kek  pisang bercoklat ni  bolehlah klik SINI...


No comments: