Monday, February 28, 2011

kek pisang bercoklat

akhirnya berjaya jgk buat kek nih utk melegakan tekak orang tu yg dah lama mengidam hehe nih kek peberet en.suami. dah lama mintak buat kek nih lg.. petang semalam, lepas kemas2 makan tengahari saya merajinkan diri utk buat kek yg sedap nih.. ada rasa pisang tambah pulak ngn cokelat.. tang cokelat tu la en.suami kata yg buatkan kek ni jd best. tp ampun en.suami ye! saya kurangkan sukatan cokelat 2 hehe sbb sayang, dark cokelat 2 ada satu bar kecik je.. dah la terbeli yg mahal sikit.. jd kena jimat2 la:)
penah 1st time buat dulu kat SINI, tehangus sikit n mcm berminyak sgt.. tp sbb rasanya yg best 2 jd tak serik utk buat lg. ambik resipi nih dr blog masakan yg selalu saya kunjung iaitu kak ummi


Bahan-bahan:-  ( kredit to kak ummi )

250gm mentega/marjerin
3/4 cawan gula caster
2 cawan tepung naik sendiri
5 biji telur gred A (akak guna gred B je)
1 cawan pisang yg dilecek (akak lebihkan 1 1/4 cawan)
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila
150gm coklat masakan - diparut menggunakan pengupas kulit ubi kentang atau boleh juga dicincang

Cara Membuat:-


>>Panaskan oven 180C. Griskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan tepung.
>>Ayak tepung. Sekiranya tiada tepung naik sendiri boleh juga diguna tepung gandum biasa dan tambahkan 1 sudu teh baking powder.
>>Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yg telah dilecek dan gaul sebati. Saya hanya menggunakan 1/2 sudu teh soda bikarbonat supaya kek tidak terasa pahit.
>>Pukul mentega hingga putih dan masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang dan gula hancur.
>>Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga habis dan sehingga adunan betul2 kembang. Masukkan esen vanila dan pisang lecek. Pukul hingga sebati.
>>Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dgn kaedah kaup balik.
>>Masukkan coklat yg telah diparut dan gaul tapi jgn terlebih gaul nanti coklatnya menjadi hancur.
>>Masukkan ke dalam loyang dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit. (*Kek pisang ini lebih sedap dimakan ketika masih suam2 panas kerana masa tu coklatnya masih lg cair dan bahagian tepi/atas kek agak rangup).






No comments: