Saturday, July 23, 2011

lapis roti berdaging lagi...

assalamualaikum...
 ( hari kejadian sebenar ialah 26 Jun lalu )

hidangan lama dah yang dibuat, tp baru nak tayang hehe buat utk makan malam masa tuh... pernah buat dah, tp saya ada derhaka sikit kat resipinya.. dan rupanya pun tak secantik yg ini.. klu nak tengok yg 1st time buat, boleh klik SINI pastu teringin pulak nak buat lagi lepas tertengok kak tun yg buat, dia hidang ngn sos jalapeno.. nmpak yummy sgt..

 Lapis Roti Berdaging

by Kak E
copy dari : kak tun

Bahan-bahan ( 6-8 orang )
3 biji kentang di potong dadu (Tun suka guna ubi keledek) saya pakai kentang
500gm daging cincang -saya pakai jenama RAMLY
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari -saya lebihkan
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-14 keping roti
500ml susu segar
3 biji telor
secubit garam
Parutan cheese (banyak ikut suka)- Tun guna slice cheese jer - saya pakai mozzarella
Sedikit margerin untuk melenser
2 pokok daun sup dan daun bawang -(Tun tambah)- saya pakai daun sup je:)


Cara-cara


-Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam+daun sup dan bawang (yang Tun tambah) - daun sup saya tabur je masa melapis daging dan roti...
-Satukan Susu+telor+secubit garam
-Pukul susu+telor+garam hingga sebati
-Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
-Ramas-ramaskan kesemua roti tadi. (Tun tak ramaskan pun, just guna wisk atau kenkadang guna garfu jer ).
( saya carikkan roti tuh..pastu hancurkan guna wisk )
-lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
-Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
-Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
-Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)

-Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat
-Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
-Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos


 bagi saya roti nih sedap makan masa panas2.. mcm en.suami, bila dah sejuk.. dia dah takmau jamah langsung.. haha tak sempat nak di make-up ngn jalapeno cheese tuh.. tp seminggu lepas tuh saya buat lagi satu bekas kaca nih utk makan2 kat bilik guru... kali nih siap make up lawa ngn sos cili n jalapeno cheese yg sedap tuh:)

4 comments:

Unknown said...

sedapnya nak try buta jugalah...:)

atie @ ejay said...

sedaap:) jgn lupa buat ye

atieaizam said...

uisshhh nampak cam sedap nye.. nak try arr... sya copy resepi yer :D

naziffa said...

terliur tengok... terus buat, skang tunggu nak masak..
tq kak..