Saturday, November 29, 2014

Ikan Bakar Gaya Portugis dan Daun Kesum Rimbun

Assalamualaikum...




Hari Sabtu.. hari saya bersama anak-anak sepenuhnya.. en.suami seperti biasa menjalani rutinnya ke kelas setiap hari Sabtu.biasanya hampir jam 7 petang dia akan sampai ke rumah..anak-anak pun tak dapatlah nak keluar ke mana-mana, hanya berlari, bermain, bertempik dan bergusti dalam rumah je.. dah puas bermain, tolong sepahkan mana yang dorang nak sepahkan..hihihi

ok, ikan bakar ni sebenarnya lauk semalam untuk makan tengahari kami.. hari Jumaat je lah saya akan masak lauk pauk macam ni, memandangkan hari-hari biasa saya dan suami tidak akan menjamah nasi untuk makan malam.. dia hanya akan lunch dekat office dan anak-anak saya hantar ke taska. anak-anak pun jenis cerewet juga bila bab makan.. jadi untuk makan malam saya hanya sediakan menu yang simple je selain dari nasi.




Pagi ni saya hanya sediakan kari ayam pedas untuk dicicah bersama roti untuk sarapan dan masak nasi untuk anak-anak.. alhamdulillah berjaya mereka habiskan nasi sepinggan.. dengan syarat mesti bersuap.. ok berbalik kepada menu ikan bakar ni, sebenarnya plan asal nak masak siakap kukus limau nipis. dah lama sangat teringin..tapi terlupa hari sebelum tu saya dah habiskan kesemua stok limau nipis untuk buat keylime pie..jadi terpaksa ubah menu...

Bila gugel resepi ikan bakar, rasa berkenan pulak dengan resepi ikan bakar gaya portugis yang ada kat dapu Che Mat.. resepi asalnya menggunakan ikan pari tapi saya gantikan dengan dua ekor siakap laut bersaiz sebesar tapak tangan yang dibeli kat pasar malam dengan harga rm10.. mahal ke murah tu, kami tak tahu sebab tak pernah beli kot ikan siakap kat pasar ni..




Nak juga saya tayangkan pokok kesum kesayangan ni..tanaman kesum kali ni alhamdulillah, menjadi berbanding sebelum ni.. selalunya pokok tak tahan lama sebab serangan semut dan batangnya cepat buruk.. saya lebih suka gunakan kesum kampung yang berdaun kecil di dalam masakan berbanding yang ada dijual kat pasar dan supermarket..kebanyakannya yang jenis daun panjang dan besar tu..bagi saya rasa pedasnya berbeza.. oh ik...kalau ikutkan bahan ikan bakar ni tak masukkan pun daun kesum.. tapi macam biasalah suka-suka hati nak masuk hihihi selain daun kesum, saya juga tambhkan kunyit hidup dan cili merah besar dalam bahan kisar...




 IKAN BAKAR GAYA PORTUGIS
Sumber : Mat Gebu DTS

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keping ikan pari, setiap satu panjang kurang lebih 1 jengkal
( saya gantikan dengan ikan siakap )
4 helai daun limau purut
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
3 camca besar minyak bawang putih (4 ulas bawang putih, cincang halus dan goreng dengan 1/3 cawan minyak masak hingga bawang putih harum dan perang. Tapis dan sejukkan)
3/4 camca besar pes asam jawa
Daun pisang secukupnya (layur atas api hingga lembut, agar mudah digunakan)
daun kesum - saya tambah
Limau kasturi secukupnya
Hirisan cili padi untuk hiasan

BAHAN-BAHAN KISAR HANCUR :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 batang serai, hiris
1 kuntum bunga kantan, hiris
3 biji buah keras
3 keping hirisan lengkuas
1/2 inci belacan
2 inci kunyit hidup
2 batang cili merah besar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, Tumis bahan2 kisar hancur tadi hingga harum, masukkan pes asam jawa dan kacau rata. Masak hingga naik minyak, guna api kecil dan kacau sentiasa. Tambah garam dan gula dan masak hingga sambal pekat. Masukkan 2 helai daun limau purut (2 helai lagi dimayang halus), masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Biar sambal sejuk sebelum digunakan.
  2. Ikan pari dibersihkan dan perap dengan jus limau kasturi selama 10 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. Untuk bakar ikan che mat guna 2 helai daun pisang yang telah dipotng 4 persegi. Pastikan saiz potongan lebih besar dari panjang ikan tadi...Kita mula membungkus..
  3. Ambil 2 helai daun pisang dan lapiskan. Ceduk 1/6 bahagian sambal dan ratakan atas daun pisang. Letak sekeping ikan pari, tuang sedikit minyak bawang putih dan ratakan. Cedok lagi sambal dan lumur atas ikan tadi. Tabur dengan hirisan bunga kantan dan hirisan daun limau purut. Bungkus ikan tadi dan kemaskan. Buat kaedah sama untuk baki ikan dan bahan2 lain hingga siap.
  4. Panaskan oven atau che mat guna kuali pemanggang ajaib. Bakar ikan tadi selama 7- 10 minit untuk setiap bahagian, atau hingga masak. Tabur hirisan cili padi dan hidangkan bersama belahan limau kasturi....
CATATAN MAT GEBU :- Kalau anda bakar atas api bara, balut bungkusan daun pisang yang berisi ikan dengan aluminium foil untuk mengelakkan ia hangus. Boleh juga ditukar dengan ayam jika anda suka dan pastikan anda bahagi sambal tadi kepada 3 bahagian untuk memudahkan kerja anda....Selamat mencuba!!....



Gandingan yang sangat menjadi dan menyelerakan bila dihidangkan ikan bakar ni bersama tomyam dan telur dadar.. makan pun bertambah-tambah..alhamdulillah...


3 comments:

nadia rashid said...

terbau-bau masakan nya...wangi daun kesom tu best!

atie @ ejay said...

Naddooo..dah buat kan ikn bkar ni hehe

Unknown said...

waaaa sedapnyaa ada bunga kantan..mesti harum dengan daun2 yg lain tu :)