Recent Posts

Friday, August 30, 2013

Kek Coklat Kukus Keju Koktel - oder

assalamualaikum...

hai semua... dah lama tak jenguk belog sendiri.. apa lagi nak mengupdate, tak de mood sangat.. pastu bercampur macam-macam.. malas, sibuk, line tenet slow.. alhamdulillah, malam ni lepas key in markah.. rajinkan diri kejap..

ok, ni oder dari kawan kat sekolah.. tanya dia mana dia tengok saya buat kek ni? dia jawab fb.. ni nak oder tau mana kek ni sedap? katanya..nampak macam sedaap hihi ok, dah orang nak beria-ia, beranikan diri jugak buat.. alhamdulillah, dia berpuas hati..

1st time buat kek ni ( SINI ), tahun 2011...lamaaa sangat2.. dan rasanya,ni kali kedua saya buat kek ni... hmmm ingat-ingat lupa.. kalau bukan kedua,ketiga lah agaknya ye hihi.. malas nak buat kek ni kat rumah sebab suami cakap dia tak berapa gemar..jadi memang tak buat lah walau teringin.. tapi kalau dah tak tahan nak makan, rasanya saya akan buat juga untuk diri sendiri hihi

Kali ni  saya gunakan resepi kek coklat turun temurun je.. yang saya biasa guna, yang mudah dan tak tak perlu keluarkan penimbang hihi.. untuk lapisan keju tu, kali ni saya tak guna gelatin, ikut resepi asal je.. Untuk mendapatkan resepi yang tepat, bolehla ke dapur kak hanieliza , IML , Kak Ita masam manis..


KEK COKLAT KUKUS

Bahan-bahan kek :
1 cawan gula *
1 cawan susu pekat*
1 cawan susu sejat/susu cair*
1 cawan minyak jagung / minyak masak*
1 cawan serbuk koko*
1 1/2 cawan gandum + 1 sudu kecil soda
3 biji telur

Cara membuat :

  1. Campurkan semua bahan yang bertanda * dan kacau di atas api yang sederhana sehingga gula hancur.
  2. Sementara menunggu  adunan tadi sedikit suam , panaskan pengukus. 
  3. Masukkan telur satu persatu ke dalam adunan coklat. Kacau hingga rata.
  4. Masukkan tepung yang telah diayak , gaul hingga sebati. 
  5. Kukus sehingga masak ( 45-60 minit ) menggunakan api yang sederhana.


KRIM KEJU KOKTEL
Bahan-bahan: 
250 gm keju cream philidephia 
1/2 cawan gula halus 
1/2 cawan air agar-agar 
1 cawan yogurt perisa mangga 
1 tin buah2 koktel 
1/2 cawan air dalam buah2 koktel 

Cara: 
1, Pukul keju cream dan gula sehingga rata/lembut. 
2. Masukkan yogurt dan pukul lagi. 
3. Masukkan air/cecair agar dan kacau rata. 
4. Tuangkan atas kek span dan sapukan rata. 
5. Taburkan buah2 koktel dan sejukkan beberapa jam. 
6. Potong dan hidangkan.

2 comments:

FnF Simple Life said...

sedapnye...lama dah rasanya FnF tak buat kek ni...

adda syuhada said...

sedapnya...