Recent Posts

Tuesday, September 3, 2013

Daging Sekilo Bawang Sekilo dah jadi setengah kilo je

Assalamualaikum...


aduuh.. tak tahu dah nak cari di mana menghilangnya mood rajin untuk update belog ni.. hmmm... ni sebenarnya salah satu menu berbuka puasa Ramadhan yang lepas..bunyi macam pelik je nama resepi ni.. dah lama sebenarnya saya terpandangkan hidangan daging yang istimewa ni dari dapur kak Amie.. tapi memandangkan penggunaan bawang yang terlalu banyak tu, saya jadi berprasangka.. hihi biar betul nih,guna bawang sampai sekilo kan, sama banyak dengan daging tuuu...

lepas tu bila selalu pulak tengok rakan-rakan fb duk ulang tayang menu daging sekilo bawang sekilo ni, tentulah hasilnya memang sedap betul la tu... kalau tak takkan diorang selalu ulang2 masak kan? jadi masa bulan puasa hari tu barulah terbuka pintu hati nak mencuba hihi tapi saya buat separuh je, yela kami berdua je yang nak makan pun... walaupun bagi saya percubaan kali pertama ni kurang berjaya dari segi rupanya, nampak bawang tak berapa nak hancur je kan.. tapi alhamdulillah, dari sudut rasanya memang enak dan insyaAllah saya pasti akan membuatnya untuk kali kedua.. cuma tak tahu bila je hihi


DAGING SEKILO BAWANG SEKILO
Sumber : kak Amie

Bahan-bahan:
1 kg daging (potong kecil-kecil)
500ml  santan cair
250ml santan pekat
1 kg bawang besar (potong kasar-kasar)
15 biji lada merah (potong nipis-nipis)
7 biji bawang putih (tumbuk)
3cm halia (tumbuk)
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
garam & gula
minyak

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
2. Masukkan lada merah dan terus kacau hingga layu.
3. Masukkan daging dan bawang. Biarkan hingga layu.
4. Gunakan api besar supaya bawang dan lada segera hancur.
5. Kemudian masukkan 500ml santan cair dan perlahankan api. Tutup kuali.
6. Setelah kuah hampir kering dan bawang serta lada menjadi hancur, masukkan pula santan pekat serta garam dan gula. Gunakan api perlahan.
7. Kacau selalu supaya sebati dan tutup api setelah terbit minyak
8. Daging sekilo bawang sekilo siap untuk dihidangkan dan enak dimakan bersama nasi himpit.

P/S: Daging tidak hancur, yang hancur lunyai ialah bawang dan hirisan lada merah.

masam, lemak manis...memang sedap..
tak rugi mencuba dan habiskan stok bawang kat dapur tu hihi
selamat mencuba ye :)

1 comment:

Amie said...

Tq Atie sebab cuba resepi yang memang pada mulanya kedengaran pelik ni hihiii, resepi ni sesuai juga untuk dibawa berkelah bersama keluarga cicah dengan nasi impit atau roti pun sodap!