Recent Posts

Monday, July 29, 2013

Pavlova Kasih CK - paling menjadi

Assalamualaikum...



Kali ke 3 buat pavlova.. kali ni hasilnya sangat-sangatlah memuaskan..
rasa pavlova ni yang paling sedap sekali dalam dunia hihi
rasa nak melompat-lompat je bila tengok hasilnya..
kali ni tak melekat kat kertas, senang je nak tanggalkan bila guna non-stick baking paper ni
rasanya pun sangatlah crispy bahagian luar tu..



untuk satu adunan ni, saya buat 2  biji.. cadangnya nak makan masa berbuka, tapi disebabkan terlalu banyak gangguan dekat-dekat nak berbuka tu, buah pun tak sempat nak kupas dan potong.. si athif memerap je, lepas berbuka dan solat semua kononnya nak tidurkan lah si kecik tu.. alih-alih ibunya pun tertidur sama. si kakak dan abangnya pun awal je tidur malam tu. dah dekat 11.30 malam terjaga balik, duk teringatkan pavlova ni, apa lagi.. potong buah, paipkan krim yang dah dipukul sebelum berbuka.. sekelip mata je kami berdua makan..

kali ni tak terasa sangat kemanisan meringue tu sebab bila masuk mulut, terus je mencair... rasa nikmat sangat. kalau ikutkan hati, nak je buat 2 bijik sekaligus, tapi bila teringatkan si ali yang suka buah, simpan satu untuknya...

PAVLOVA KASIH CK
Sumber : CK@Noorma
Pavlova Kasih CK by AnnaQawina

Bahan-bahan :
· 4 biji putih telur
· 1 cawan gula castor
· 1/2 sdt esen vanila
· 1 sdt cuka makan
· 1/2 sdb tepung jagung

Cara-cara :
  • Pukul putih telur didalam bekas yang betul2 kering sehingga gebu, kemudian masukkan gula. Pukul lagi hingga adunan likat dan berkilat.
  • Renjiskan esen vanila dan cuka makan, pukul sebentar.
  • Taburkan pula tepung jagung (Ana ayak tepung jagung kedalam mangkuk adunan). Kaup balikkan guna senduk hingga sebati.
  • Bentukkan meringue diatas loyang beralas kertas minyak.
  • *Buat dasar meringue, ratakan, kemudian paipkan bahagian tepi tinggi sedikit dari dasar pavlova tadi. 
  • *Atau bolehlah bentukkan ikut suka hati..
  • Panaskan oven selama 10 minit suhu 160'C, kemudian masukkan pavlova ke dalam oven, setelah 10 minit, turunkan suhu kepada 140'C selama 50-60 minit.(bab suhu ni CK yg ajar secara online..)
  • Setelah masak, tutup suis oven, biarkan sehingga pavlova sejuk dgn pintu oven sedikit terbuka.
  • *Ana biarkan 10 minit setelah masak, kemudian keluarkan letak kat luar je sampai sejuk, kemudian baru tanggalkan dari kertas perlahan2..Alhamdulillah tak melekat dan pecah.
  • Hiaskan dengan krim pilihan dan buah2an segar.



akhirnya langsai sudah hutang ngan anak tekak yang ngidam nak makan pavlova lagi.. aritu terpaksa lupakan hasrat kejap bila terpaksa pantang telur. kesian kat athif yang masih lagi fully BF tu.. sekarang alhamdulillah, kulitnya makin ok dan tak ada masalah lagi...




8 comments:

JaSSNaNi said...

canteknya.... memang nampak betul2 menjadi lah.. :) tahniahhh!!!

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

cantik sangat crust dia

fazianbatrisyia said...

wah...puasa2 ni dpt mkn pavlova pun sodap

FnF Simple Life said...

MMG MENGANCAM... terbaek laaa ;)

rahel said...

Time buka posa pekena pavlova untuk kembalikan tenaga....walllaaaa enaknye..

Amie said...

hallamak.... kita pulak terjatuh cinta bila baca tentang pavlova paling sedap di dunia ni... dah kecurrr dah ni!

mama sara nur said...

assalam Atie
wah jelesss ar tgk palova cun gini
emmm sedapkan he hee
dgn buah2 tu memang tergugat lah tgknya
akak penah skali try tp melekatlah hu huu nak wat lg ni sb telur putih banyak tinggal bila telur kuning wat tart
akak nk ikut resepi ck ni lah he hee tqqqq atie

nur amani said...

salam. boleh order ke pavlova ni?