Friday, July 19, 2013

German Cookies ( Strawberry )

Assalamualaikum


Terasa pantas masa berlalu..dah lebih seminggu kita berpuasa kan.. alhamdulillah, rasa mudah je berpuasa kali ni.. dan rasa puas hati sebab kali ni saya dapat sediakan juadah berbuka dengan jayanya walaupun ringkas berbanding tahun sudah yang agak kepenatan sebab tengah peknenkan athif. dan rekod juga, sepanjang Ramadhan ni sekali je pergi bazaar sebab teringin nak makan "nasi kerabu ustaz" yang sangat best, malangnya tahun ni tak nampak pula dia bukak gerai..

seawal jam 4 pagi tadi dah bangun, dikejutkan budak kecik yang tak nak tidur.. lepas tu abangnya pulak bangun. jam 5, abangnya mintak nak mandi.. bagi je lah dia mandi hujan sorang2 dalam bilik air, ajak keluar taknak.. sampai merah2 mata dan kecut2 tangan tu. sambil-sambil tunggu abang mandi dan dukung athif, goreng last stok risoles frozen yang saya buat hari tu untuk en.suami buat sahur.. janji nak buat pizza malam tadi, tapi bila athif asyik merengek je, terpaksa cancel je.

ok,berbalik pada cookies ni.. dari tahun sudah lagi nak cuba buat, akhirnya sebelum puasa hari tu baru jadi projeknya. bila tengok kak nor buat versi marble gitu, lagi bertambah keinginan tu.. tapi saya punya, versi marble stoberi.. campur separuh doh dengan pewarna pink dan perasa stoberi. nanti nak try buat perisa lain pulak.. awal-awal saya punya cookies ni tak berapa nak melt dalam mulut, tp bila dah banyak hari simpan.. seminggu lebih camtu rasa enjoy pulak.. masuk mulut, tak yah nak gigit2..hihi anyway, thanks kak Rima dan kak nor sbb share resepi cookies yang tersangatlah simple bahannya dan cara nak buat pun tersangatlah mudah hihi





GERMAN COOKIES
source : Rima
source : K.Nor@SecubitGaram


Ingredients
125g butter
40g icing sugar (sieved)
125g potato starch ~ kebetulan tak ada stok, k.nor ganti dgn tepung jagung
80g superfine flour (I used Plain Flour)

Method
1. Beat butter and icing sugar till fluffy and lighter in colour.
2. Sift in potato starch and plain flour, mix to form a soft dough.
3. Roll into small balls (about 7g each) and arrange on lined baking tray - i used 1/2 tbsp to get the same size
4. Dip the tip of the fork in a bowl of water and press on cookie dough.
5. Bake in preheated oven at 170 deg C for 15 min.

* utk menghasilkan Marble Blueberry German Cookies spt yg K.Nor buat ni, selepas dah siap adunan tu, bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dibiarkan plain dan satu lagi dicampur dgn sedikit pewarna purple dan 1/2 sudu kecil blueberry paste. Gaul hingga sebati. Masa nak menggentel tu, amik secubit adunan plain dan secubit adunan purple dan bulatkan. Buat hingga habis pastu barulah ditekan dgn garfu yg dicelupkan kedalam air (tujuannya supaya garfu tak melekat pd doh) dan kemudian dibakar hingga masak.



ok, selamat mencuba ye :)



5 comments:

Amie said...

Dah lama saya berkenan nak buat German Cookies!

cahayahidupku.blogspot.my said...

Nampak menarik tertarik kebabommm biskut tu ... Atie :D

Gee® said...

Sweet jer... angkut masuk list dulu... TQ Atie

fazianbatrisyia said...

biskut ni sedap. sy dah try buat utk raya thn yg sudah2..thn ni bole saje nak buat kalau rajin...

Anna Qawina said...

Aslmkm Atie..biskut yg lembut kan..kalo ank2 akk mkn habis satu rumah ni