Recent Posts

Saturday, July 20, 2013

Double Chocolate Chip Cookies

Assalamualaikum...


sebenarnya biskut ni tak masuk list pun untuk raya ni.. semalam masa jalan2 kat blog kak Rima, jumpa resepi cookies ni.. tengok nama biskut nih, tentulah memikat hati saya yang gemarkan coklat ni.. bila ditilik resepinya.. waaah senangnya! bahan-bahan pun simple je.. tanpa dirancang, terus buat.. hihi cookies yang dah lama menunggu dalam list tu, ntah bila nak dibuatnya.. selalu je ada halangan hihi

wallah!mmg best cookies ni.. paling seronok bila tengok auni suka dan kata sedap.. dipunggahnya cookies ni. ali pun sama. untuk resepi ni, saya tak masukkan almond nibs, sebab anak-anak tak berapa suka..
ok,cookies ni masuk list utk rayaa!!! yeay hihi


DOUBLE CHOCOLATE CHIPS COOKIES
Sumber resepi : kak Rima
Olahan : Atie

Bahan-bahan :

250 gram buttercup
110 gram gula aising
340 gram tepung gandum
40 gram tepung kastard
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh coklat emulco
100 gram cip coklat

hiasan : coklat masakan secukupnya.



Cara membuatnya :

  1. Satukan tepung gandum, kastard, serbuk koko dan coklat cip di dalam satu bekas.
  2. Panaskan butter sehingga cair.
  3.  Masukkan gula aising ke dalam butter dan kacau hingga sebati. Tambahkan esen vanilla dan coklat emulco.
  4. Tuangkan cairan butter ke dalam bekas berisi tepung, dan gaul sehingga membentuk doh,
  5. Bentukkan dan susun di atas dulang pembakar. 
  6. Bakar di dalam oven selama 15 minit dengan suhu 170C.
  7. Sejukkan sebelum dihiaskan dengan coklat masakan.


ok, selamat mencuba!

3 comments:

saidatol Nadia said...

Mohon resepi yer...anak2 suka coklat cip

mama sara nur said...

akak pula biskut coklat chips sentiasa dlm list he hee feberet anak2
cantik letak coklat putih kat atasnya

Mieza said...

Salam Atie..wahhh kat sini pun ada kuki juga..pergi mana pun ada kuki..mood raya dah menjelma..sedapnya kuki tu..mieza ni tk pandai buat kuki huk hukkksss