Recent Posts

Wednesday, June 19, 2013

Ayam Panggang Limau Purut

Assalamualaikum....





tekak kering , jadi tak leh nak cakap banyak-banyak..
menu yang dah lama sangat buat ni..
bila dah tak tahu nak masak ape ngan ayam, pastu main kutip je bahan-bahan yang ada..
jadilah ayam panggang limau purut..
simple je, tapi penuh dengan aroma dan rasa daun limau purut yang wangi
walaupun simple, tapi sangat kena ngan selera anak tekak nih , jadi la kan.. hihi
ok lah, jom semak resepi..


AYAM PANGGANG LIMAU PURUT

Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam
1/2 cawan santan pekat
1 sudu besar gula
garam secukupnya
sebiji limau nipis - diambil jus
4 tangkai daun limau purut - dihiris halus

Bahan perapan :
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1 sudu besar biji ketumbar
sebatang serai

Cara memasak :

  1. Kisar halus kesemua bahan perap bersama santan.
  2. Masukkan gula dan garam secukup rasa bersama hirisan daun limau purut dan jus limau nipis.
  3. Kemudian gaulkan ayam dengan bahan perapan sehingga rata dan perap semalaman.
  4. Grill atau panggang di dalam pan sehingga masak dengan menggunakan api yang kecil.
  5. Ayam yang diperap semalaman lebih cepat masak dan berjus.


SELAMAT MENCUBA..
MASAK SENDIRI LAGI BEST KAN? ;-)

2 comments:

cik cek said...

Emmmmm...nampak sedap ayam panggang ni....:)

Amie said...

Tentu sedap berlemak bila diperap dengan bahan kisar campur santan ye Atie... memang kalau perap lama meresap semua bahan pemerap.