Recent Posts

Wednesday, April 17, 2013

Chewy Gooey Brownies

assalamualaikum...



sebenarnya ni dah kali ke-3 buat CGB ni.. cuma kali nih baru sempat nak kongsi..
kali nih hasilnya tak berapa cun sbb permukaannya tak kelihatan sangat lapisan nipis cekelat yang garing tu.. apa pun, rasanya tetap sedap. kali nih jugak tak masukkan kekacang ,
 ikut selera budak-budak kecik tu yang tak berapa suka kekacang.
bertahan 2,3 hari jugak brownies ni , simpan dalam fridge pastu kitorang makan ngan eskrim hihi


Chewy Gooey Brownies
resepi : kak wan

( Loyang 10 x 10" dialas dan digris )
Bahan-bahan
300gm mentega
80gm serbuk koko
300gm coklat masakan - potong kecil
6 biji telur - kocok ringan
350gm gula perang
2 sudu kecil esen vanila
100gm tepung gandum
1 cawan kekacang ( ikut suka , almond, macadamia, hazelnut, walnut ) - dipanggang dan gaul dengan sedikit tepung


Cara-cara :
  1. Cairkn coklat masakan secara double boiler. Ketepikan.
  2. Cairkan mentega di dalam periuk , masukkan serbuk koko , gaul rata. Angkat dan masukkan gula perang , gaul rata.
  3. Masukkan telur , tepung yang diayak dan coklat cair , kaup balikkan hingga bergaul rata. Masukkan kekacang. Gaul rata.
  4. Tuang ke dalam loyang dan ratakan.
  5. Bakar pada suhu 150 selama 1 jam ( bergantung pada oven )
  6. Sejukkan dahulu sebelum dipotong


L

5 comments:

Tina Othman said...

Sedapnya, guna dark koko powder ke

atie @ ejay said...

@Tina Othman
atie guna serbuk koko biasa je :)

Mas said...

moistnya tengok brownies tu....

adda syuhada said...

sedapnya...

rostina76 said...

salam atie...budak2 suka ni. ros jarang buat brownies.....hehe kesian anak2 kita