Recent Posts

Tuesday, April 16, 2013

cekur muncul kembali

assalamualaikum...



alhamdulillah..ingatkan dah mati dan tak boleh diselamatkan lagi
petang semalam masa duk "bersih kawasan", ku nampak hijau di bawah rumput2 kering
sebenarnya dah lama cekur ni "mati" kekeringan
tapi mungkin rizomnya masih "bernafas" di bawah tanah sana
dalam seminggu ni, hujan sentiasa turun je lewat petang, meniupkan semangat untuk cekur bertunas kembali


insyaALLAH, bila line clear.. budak kecik tu tidur lena..akan alihkan cekur ni ke dalam pasu
nak bela cekur ni bagi sihat , rasa nak belajar makan cekur nih buat ulam mentah
yang saya tahu guna, daun cekur masuk dalam gulai lemak kuning je hihi
tengok orang makan buat ulam macam best jugak kan?



pegaga yang saya semai ni macam nampak ada perkembangan yang memberangsangkan je..
yang ni mungkin dah masuk 2 minggu lebih kot..
dan ada satu bekas lagi baru semai sehari dua nih..
bila lah agaknya boleh petik pegaga ni kan hihi

11 comments:

rostina76 said...

salam atie....ros suka ulam cekur cicah sambal belacan. btw panjang umur si cekur tu ye ;)

JaSSNaNi said...

betul tu... ubi cekur elok makan mentah wat ulam.. utk ibu2 lepas bersalin kata org lagi baik.. hmmm teringin nak cari cekur gak ni.. nak singgah umah mak saudara lah.. dia banyak pokok cekur.. nak kecek ubi dia..

nadia rashid said...

cekur tu mcm daun kunyit kan...

tun_telani said...

tun ada 2 pasu pokok cekur, baru nk mmbesar, geng blogger kasi. sbb xpenah makan, jd xtau nk masak ape. hihi

atie @ ejay said...

@rostina76
wsalam kak ros.. hmm boleh cuba gak nih :)

atie @ ejay said...

@JaSSNaNi
yeke?tak biasa mkn.tp bila duk utara nih,jumpalah dorang campur dlm kerabu n gulai

atie @ ejay said...

@nadia rashid
a'ah tp daunnya kecik2 comel je hihi

atie @ ejay said...

@tun_telani
tun cuba masukkan daunnya dl gulai lemak kuning,sedap jgk hihi

smRose said...

owh jeleznya, pokok pegaga dah menjadi

atie @ ejay said...

@smRose
jgn jeles hihi

Lesung Batu said...

org kata mkn cekur tuk awet muda...besnya tgk pegaga atie..pasni blh buat ulam & resepi kerabu la pula kan.. :)