Thursday, April 25, 2013

Bun Koko Biskut Oreo


Assalamualaikum...



Alhamdulillah.. hari ni dah Khamis, esok jika diizinkan, akan jumpa Jumaat lagi...
lepas Jumaat , Sabtu.. lepas Sabtu , Ahaaaad... eh eh dah abis cuti bersalin rupanya..
berdebar-debar nak masuk kerja balik niiii.. dah ada macam-macam yang menunggu tu hihi
minggu sudah rasa cam teringin sangat nak buat Mexican Bun..
kumpul-kumpul semangat nak meroti, bila dah semangat datang..ada pulak bahan yang tak cukup..
sekali tengok Ros JintanManis tayang Bun Koko Biskut Oreo, terus jatuh hati..
memandangkan ada oreo tuh, harap sangat budak dua orang tu suka..
apa lagi 2 hari lepas kita terus buat bun nii..



gambar bun sebelum digliss dan masuk oven..

 nak terkeluar biskut oreo tu..

 buat bun saiz mini je.. dapat 18 bijik..
rupanya taklah cantik.. tak bulat comel gitu..

rupa yang dah digliss..

dah masaaaak.. sedap..
kakak auni makan masa roti ni panas2 lagi..sedap katanya

lupa nak koyak roti tu dan ambik gambar, sangat lembut rotinya..
hmm..cuma untuk tekak saya, saya nak rasa yang manis sikit
next time saya akan tambahkan lagi sedikit gula atau pun letak kismis pun best jugak ni


Bun Koko Biskut Oreo
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
300gram tepung roti
150gram tepung gandum
30 gram susu tepung@skim milk
4 sudu besar gula
1 biji telur ( tinggalkan sedikit utk gliss pada permukaan roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
160ml susu suam@air suam
6gram yis
2 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar water roux ( cara buat water roux di sini) 
1 sudu kecil baking powder
-5 keping biskut oreo yang di buang inti vanila nye dan ditumbuk kasar.
* untuk gliss dan topping*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu 



Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh kecuali biskut oreo dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali coklat rice  dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.

4. Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, kemudian masukkan biskut oreo yang ditumbuk kasar dan uli sebati, bahagi doh pada 12 bebola kecil dan bulat-bulatkan, susun di dalam acuan petak 18cm atau di atas dulang pembakar, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun dengan bancuhan telur dan bakar pada suhu 170 atay180 darjah selama 20-22 minit atau sehingga permukaan bun perang.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.


1 comment:

tun_telani said...

Salam kak atie.. sedapnyer roti tu.. tun suka jugak cuba roti2 dr kak rosJM nih, cuma malas tang nk buat water roux tu haa.. sbb selalu wat dpt byk, pastu guna sikit. yg simpan dlm peti tu sure lama2 masuk tong. huhu