Recent Posts

Sunday, March 10, 2013

style tido athif

assalamualaikum..

hari ni umur baby athif dah 39 hari..
pagi tadi pergi KK Jitra utk check up sebulan & suntikan HB dos 2
berat naik 1kg je.. jadi 4.5kg..
ibunya pulak alhamdulillah turun 12kg selepas bersalin
tp nak kena usaha gigih lagi untuk turunkan berat badan ni hihi

antara gaya tidur kegemaran..
rasanya mcm pipi sebelah kanan tu cam tembam sikit
mungkin disebabkan dia yang suka duk mengiring belah kanan
jadi saya kena selalu alih2kan jugak cara tidurnya tu


alhamdulillah..setakat hari ni dia tak banyak meragam
tidur , bangun dan minum susu je..
cuma sekarang ni kesian pulak sebab dia takde suara.. batuk sikit
rasanya berjangkit dari ayahnya yang baru je lega dari batuk2..

tadi ada sorang nurse tu tanya..
" muka diaaa... ayahnya anak mami ke?"
hahaha anak mami?? sian athif, kulit awak gelap sikit ye b'banding kakak dan abang
tak pe.. hidung athif lagi mancung hihi


No comments: