Wednesday, March 27, 2013

roti lapis berdaging lagi dan lagi :)

assalamualaikum...

selamat pagi semua.. alhamdulillah...pagi ni rasa lebih teratur menguruskan aktiviti pagi..
berjaya mandikan ali juga sebelum hantar ke nurseri..
mungkin malam tadi dia tidur awal setelah ditinggalkan oleh ayah dan kakaknya..
athif pun dah tertidur semula bila dia bangun setelah saya selesai solat subuh..
cuma tidurnya agak terganggu bila dapat jangkitan selsema kali kedua dari ibunya..

pagi ni juga berjaya siram rumput dan pokok-pokok di sekitar laman sempit ni..
tadi tinjau-tinjau pokok limau kasturi sebab semalam dah ada anak2 ulat bulu yang dah singgah..
ok lah..dah sarapan ke pagi ni?
tuan rumah minum je.. menu kat bawah ni sebenarnya dah lama buat hihi
selalu sangat buat sebab sedap..
layan je lah ye :)




LAPIS ROTI BERDAGING
by Kak E
sumber : Rabiatun@Sweettouch
sumber : Atie

Bahan-bahan ( 6-8 orang )
3 biji kentang di potong dadu (Tun suka guna ubi keledek) saya pakai kentang
500gm daging cincang -saya pakai jenama RAMLY -400 gm
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari -saya lebihkan
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-14 keping roti
500ml susu segar
3 biji telor
secubit garam
Parutan cheese (banyak ikut suka)- Tun guna slice cheese jer - kali ni guna slice cheese juga
Sedikit margerin untuk melenser
2 pokok daun sup dan daun bawang -(Tun tambah)- saya pakai daun sup je:)


Cara-cara

-Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam+daun sup dan bawang (yang Tun tambah) - daun sup saya tabur je masa melapis daging dan roti...
-Satukan Susu+telor+secubit garam 
-Pukul susu+telor+garam hingga sebati 
-Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi 
-Ramas-ramaskan kesemua roti tadi. (Tun tak ramaskan pun, just guna wisk atau kenkadang guna garfu jer ). 
( saya carikkan roti tuh..pastu hancurkan guna wisk )
-lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas 
-Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti 
-Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti 
-Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka) 
-Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat 
-Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka 
-Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos



4 comments:

Don't Afraid to Try said...

ya allah,

sedapnya resepi ni...n simple..sy nk cuba bt jugaklah..terima kasih yer..nmpk mcm lasagna..

nadia rashid said...

macam lasagna...suka suka...roti sandwich homemade ada lagi..hmm idea ni..thanks for sharing..:D

Marsita Yahya said...

emm yummeh..

Rohah said...

memang sedap...