Monday, April 1, 2013

keratan mulberi dan sweet basil

assalamualaikum...



kiriman benih yang ditunggu-tunggu sampai lewat petang rabu minggu lepas dari blog TanamSendiri..
kali ni saya beli biji benih kapsikum merah dan kuning , tomato cherry dan juga spinach..
paling saya tak sabar ialah menanti keratan batang mulberi  dan sweet basil..


alhamdulillah.. dah hampir seminggu ni , salah satu daripada 5 keratan mulberi sudah kelihatan mengeluarkan buah.. dan yang lain masih bertunas dan ada yg kelihatan mula mengeluarkan pucuk.. tak sabar rasanya nak tunggu.. setakat ni saya semaikan dalam pasu kecil je. macam kat atas tu , saya pacakkan di dalam bekas semaian pegaga.. mungkin akan dialihkan ke atas tanah nanti..


dan kat bawah ni ada 5 keratan batang sweet basil..
saya letakkan dalam satu pasu je..
bila diperiksa petang semalam , hujung batang sudah pun mengeluarkan akar putih
dan kelihatan juga pucuk2 baru  mula keluar.. 


a

2 comments:

nadia rashid said...

semoga mulberry kita berjaya berbuah!

nawal said...

bestnya.seronok kan bila pokok y di tanam menjadi