Monday, February 11, 2013

baby baru....

assalamualaikum...

alhamdulillah... hari ni masuk hari ke 12 hero ke2 menjengah dunia...
hari selasa 29/01/2013 kami sekeluarga bertolak balik ke pasir puteh, kelantan..
saya memang jangkakan kelahiran kali ini juga lebih awal berbanding tarikh edd
saya meminta doktor meminda dan m'percepatkan tarikh jangkaan bersalin dari 11.02.13 kepada 04.02.13
bagi memudahkan saya memohon cuti lebih awal..
jadinya, pada 27/01.. saya mula bercuti...
untuk kelahiran ke3, saya juga merancang untuk bersalin di tempat yang sama dengan auni dan ali
nak ketiga2 nya adil... dapat pangkat 03 jgk dekat ic dorang..
alhamdulillah... pada hari khamis 31.01.13 saya selamat melahirkan anak ke3 kami..
walaupun dalam hati berharap jugak budak kecik nih lahir pada 1/2/13.. samalah tarikh lahir dgn ayahnya..
tp Allah tu maha mengetahui dan tentunya ada hikmah disebalik kejadiannya..


pada hari ke7 , dengan rasminya kami namakan hero ni dengan nama Muhammad Athif Imami
satu lagi nama yang saya cadangkan untuk suami ialah Adi Idraaki
tapi setelah ditenung, ditilik hihi kami buat pilihan yg mudah2an bermanfaat utk baby dan juga kami
dan diawal kehamilan saya telah sediakan nama Nur Imani Zahraa hihihi
masa tu ntah kenapa yakin sangat yang saya akan dapat baby girl lagi..lawak je


gambar kat atas nampak kulit putiiih je kan kan?
tp gambar kat bawah nih yang takde tipu2..camtulah kulit dia hihi
jap lagi sebelum ayahnya bertolak balik ke Jitra sebab cuti dah abis, akan botak lah kepala dak kecik ni


5 comments:

aliza said...

Tahniah...sama tarikh kelahirannya dgn anak akk 31.1.07.. comelnyeee....

Amie said...

Tahniah... anak sihat, comelnya... selamat berpantang dan selamat bercukur jambul.

Gee® said...

Tahniah... montelnya bb rase nk cubit2

Don't Afraid to Try said...

cutenya baby ni..

Rohah said...

tahniah,comel baby...geram..