Recent Posts

Sunday, December 9, 2012

Kek Pisang Lembap Berkeju

assalamualaikum

hmm bagi penggemar kek pisang , mesti cuba resipi yang best ni.. kalau tak nak bakar , buat versi kukus cam yang kak Nor buat kat SINI pun boleh.. sebelum balik kampung aritu lagi buat kek nih, dah jadik arwah pun hihi masih teringat2 lagi kesedapan , kelembapan kek pisang berkeju ni.. mmg sangat best! saya kalau ada stok pisang , dah tak reti nak buat benda lain... kalau tak kek, muffin.. apam jarang buat, sesekali buat pancake pisang..



KEK PISANG LEMBAP BERKEJU
by : atie
sumber : DTS

Bahan-bahannya :-)
120 ml minyak jagung ( kalau nak rasa lemak boleh guna mentega cair )
3 biji telur gred A
115 gram tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate* (*disatukan , gaul rata dan diayak )
60 gram gula perang @ soft brown sugar
1/4 camca teh garam halus
1 camca teh ovallate
beberapa titik esen pisang ( takguna pun )
1/4 cawan parutan keju cheddar
125 gram pisang embun, dihancurkan
2 biji pisang embun, satu dipotong kiub besar2 dan satu dihiris bulat2 untuk hiasan


 Cara Membuatnya:-)

  1.  Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar gula perang, garam dan ovallate hingga rata. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga adunan menjadi kembang dan pekat seperti adunan kuih baulu. Perlahankan kelajuan, masukkan pisang lecek dan esen pisang. Putar sebati.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Tuang minyak jagung, gaul rata. Masukkan parutan keju dan pisang yang dipotong kiub. Gaul rata dengan spatula. Tuang dalam tin tadi dan hias permukaannya dengan hirisan pisang.
  4. Bakar dalam oven selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan sekejap dan boleh keluarkan dari tin kek. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dipotong. Selamat mencuba!!.
saya tak gunakn pisang embun, tapi ntah apa nama pisang yang saya gunakan tu.. kecik2 je.. kalau ikiu resipi asal tu guna 125 gram je , tp saya guna 4 biji pisang yang beratnya lebih kurang 170 gram.. lebih sikit , tp tekstur kek tu masih lagi ok.. tak de lah jadik lembik ke apa.. next time saya akan tambahkan lagi kuantiti parutan keju ke dalam adunan kek... hmmmm mesti lagi berganda-ganda rasa sedap kek yang sememangnya yang dah sedia sedap ni hihi



5 comments:

Liza said...

Aduh..sedapnya tgk..

adda syuhada said...

eh2 nak sama plk kita ari ni..apa2 pun pic yg cantik..

Amie said...

Ada kejunya... ini yang buat terus terduduk di sini lama-lama!

Gee® said...

Wallaa... sedapnya kek pisang

Gieyana said...

bestnyer...:-)