Recent Posts

Saturday, December 8, 2012

apple crumble pie

assalamualaikum...


baru berkesempatan untuk berkongsi resipi yang dicuba.. buatnya dah lama.. biasalah sebelum balik kampung , nak kena clearkan segala benda dalam peti sejuk yang dirasakan tidak sesuai ditinggalkan lama.. daripada rosak , elok dibuat sesuatu. kebetulan apple granny smith lebihan saya buat muffin haritu masih berbaki 5 biji. Resipi apple crumble pie dari blog kak Ita ni pun dah lama saya simpan.. ni kali pertama buat apple pie..




satu adunan doh untuk pastri ni , besar jugak leh dapat pienya.. tp disebabkan acuan yang saya ada tu kecil je , jadi saya guna separuh je adunan doh tu.. dia punya pastri tu sangatlah rapuh...




APPLE CRUMBLE PIE
by : atie
resipi : MasamManis ~ kak Ita

Bahan Untuk Kulit Pastri
240g Tepung Gandum
170g Mentega sejuk ~ dipotong kecil
2 sudu besar Gula Aising
4 sudu besar air ais

Gaulkan tepung dengan gula aising
Masukkan mentega dan gaul semula menggunakan garfu sehingga tekstur seperti serbuk roti
Campurkan air ais sesudu demi sesudu dan gaul rata demi sesudu dan gaul rata dengan menggunakan garfu sehingga ia menjadi doh.
Masukkan doh ke dalam plastik dan simpan di dalam peti ais selama 30 minit.

Bahan Inti
5 biji apple hijau ( Granny Smith )
1 biji parutan kulit lemon
Secubit garam
2 sudu besar mentega
100g gula perang
Secubit serbuk kulit kayu manis
2 sudu besar tepung jagung

Apple dibuang kulit dan biji dan kemudian dihiris nipis. Ketepikan.
Panaskan gula dan mentega. Kacau rata.
Masukkan hirisan apple. Gaul rata.
Masukkan garam, serbuk kayu manis dan tepung jagung.
Kacau hingga apple lembut dan kuahnya pekat.
Angkat dan biarkan sejuk.

Bahan Crumble
75g tepung gandum
35g mentega tanpa garam
35g gula
35g chip cokelat

Gaulkan mentega , tepung dan gula sehingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan chip cokelat dan gaul rata.



Cara Menyediakan Pie
Panaskan ketuhar pada suhu 220C 
Sediakan acuan pie 12"
Keluarkan doh pastri dari peti sejuk
Canai doh pastri menjadi nipis dengan ketebalan 5mm
Alihkan ke dalam acuan pie. Kemaskan tepinya dan buangkan lebihan.
Masukkan inti ke dalam pie hingga penuh. Tinggalkan sedikit hirisan apple sebagai hiasan.
Tutupkan atas pie dengan crumble.
Hiaskan dengan baki hirisan apple.
Bakar pie selama 15 minit pada suhu 220C. 
Kemudian turunkan suhu kepada 190C dan bakar selama 45 minit hingga bahagian atas pie berwarna perang.


ingatkan nak buat sos kastard vanilla untuk makan dengan pie ni.. atau dihidang dengan aiskrim vanilla , tp bila ada lebihan sos karamel yang banyak masa buatkan intinya , sayang pula nak buang..jadi saya sejukkan dan makan bersama pie ni... next time nak kena kurangkan sukatan gula , sebab rasa manis sangat..


1 comment:

adda syuhada said...

apple pie yg menggoda...