assalamualaikum
hmmm... nak masak apa ye? tengahari nih tak payah fikir sangat.. lagi pun hari ni hari khamis , serba salah je suami nak balik makan tengahari sebab office hour sampai 3.30 petang je.. prepare untuk makan malam nanti je.. hmm kalau bab nak masak lauk pauk ni , pening kepala nak cari menu.. suami kadang suka yang simple je , tp menyelerakan.. bila minta dia bagi cadangan " hmmm.. ikut suka ati lah..." haiiish...
tp alhamdulillah..suami tak cerewet sangat... cuma bila nak masak tu akan terfikirkan anak2 je.. setiap kali makan nasi saya cuba sediakan lauk ikan @ ayam goreng.. tp sekarang panggang je dalam vantage double grill pan tu. malam tadi buat mi goreng berlaukkan ayam panggang mayonis. auni tak habis2 puji ayamnya sedap.. bahagian paha haruslah ada. dulu dia gelar ayam upin ipin , sekarang paha ayam tu dah jadi ayam ultraman.. hish macam2..
jom tengok je gambar sayur lemak kat bawah ni..
nih gara2 terliur tengok kak amie masak lemak jantung pisang
esoknya terus pergi pasar cari jantung pisang... takde, jumpa kat tesco je
rasa cam sikit je jantung pisang tu , saya campur dengan pucuk peria pantai
makan bersama budu.. mmm sedapnya
sebenarnya 1st time saya makan sayur lemak putih jantung pisang ni masa praktikum kat Sabak Bernam tahun 2006.. ada sorang cikgu jemput saya bersama teman baik , hasnida makan tengahri kat rumahnya.. hmm suami dia yang masak tau.. rasa best sangat.. maklumlah tak pernah rasa.. (teringat masa menyewa kat sana.. mmg terasa damai dengan kehijauan pokok2 terutama kebun pisang di sepanjang jalan hihi ). biasanya jantung pisang ni ma suka buat masak teresek dan masak lemak cili padi.. tak pun celur je buat cicah dengan budu.. hmmmmm bestnya!
4 comments:
ibu mengandung tayang kat ibu mengandung.. jadi kuasa dua lah.. terliur tengok aihhh..
sangat sedap! menu2 kampong mcm ni memang feberet akak... lwn pula dangan sambal belacan & ikan goreng... tak sedar abis nasi 2 pinggan.. hehe..
Sedapkan jantung masak lemak putih... tak payah bubuk kunyit... aroma dari santan putih sungguh menyelerakan...
sedap la pula tgk sayur lemak jantung pisang...elok pulak udang yg bertenggek kt ats tu..hihi..sje nk goda la tu :)
Post a Comment