Monday, November 12, 2012

kek coklat kukus chef zubaidah versi bakar

Assalamualaikum...


last week buat kek ni.. sebelum ni lepas raya puasa aritu dah buat sekali , kira 1st time la..  tapi masa tu tengah takde mood nak update blog. hmm dah lama sangat2 simpan resepi kek coklat ni.. rata-rata ramai memuji tentang kesedapan kek coklat lembap chef zubaidah. cuma saya baru sampai seru nak mencuba.. alhamdulillah.. memang tak rugi mencuba , kek coklat ni sangat sedap.. ramai yang menyangka saya kukus kek ni , tapi sebaliknya dibakar.. kelembapan kek nih seolah2 ianya dikukus.

anak-anak sangat sukakannya.. bila disimpan dalam peti sejuk 3 , 4 hari pun ( dalam bekas tertutup ) rasanya tetap sedap dan rasa bertambah sedap bila dinikmati sejuk-sejuk gitu.. tambah dengan lelehan ganache coklat tu , nikmatnya sampai menjilat-jilat sudu dan pinggan hehe



KEK COKLAT KUKUS CHEF ZUBAIDAH
by : atie
Sumber: AlongRoz @ MyR
sumber : kak ummi

Bahan-bahan (loyang 8"/9" bulat) - akak guna loyang 8"x8"
  • 100 gram serbuk koko *
  • 250 gram gula kastor* (akak letak 230 gm je)
  • 1 tin susu isian cair*
  • 200 gram minyak masak sayuran*
  • 250g susu pekat*(akak letak 230 gm je)
  • 4 biji telur - dipukul sehingga berbuih (akak whisk je)
  • 150 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
Cara-Caranya:-
  1. Campurkan kesemua bahan bertanda (*) dn masak dengan api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.
  2. Satukan dengan telur yg di pukul tadi dgn mixer. (akak guna whisker jek).
  3. Gaulkan bahan-bahan kering dan ampurkan sedikit-sedikit sehingga sebati.
  4. Masukkan ke dalam tin yg dilapik dan diminyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.(*akak bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu pada suhu 160C selama 45 minit or ikut oven masing2 yea..)
  5. Sejukkan dahulu sebelum dihiaskan dengan icing.(*akak letak ganache topping jek...Resepi topping tu akak suka guna yang kat Sini...elok licin jek bila dituang..cuma yg ni kurang pekat, kasi tangkap leleh gituuu.hehe)

Bahan Untuk Ganache/Icing:-
  • 1 tin susu pekat - boleh dikurangkan jika tak mahu terlalu manis.
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan minyak jagung/apa-apa minyak masakan
  • 1/3 cawan serbuk koko ( atie tambah hampir secawan..so,ganachenya bertambah pekat )
  • sedikit garam
Cara Membuat:-
  1. Campurkan susu, serbuk koko dan minyak ke dalam periuk.
  2. Masakkan di atas api yang sederhana panas sehingga pekat sambil dikacau selalu dengan whisker.
  3. Kemudian masukkan garam dan esen vanila, kacau lagi.
  4. Setelah adunan agak-agak pekat (tidak perlu sampai menggelegak), tutup api.
  5. Biarkan icing betul-betul sejuk barulah disapu ke atas kek tadi.


    1st time buat.. bawak ke sekolah.....



4 comments:

Sheila Shafeareen said...

salam mmg sdp kek ni moust dan lembab2 akk suka...

FnF Simple Life said...

tak tahan tengok lelehan ganache tu... sedapnye

Anna Qawina said...

amboi....sedapnya nmpk coklat cair gitu

Anonymous said...

kak atie kalo x letak icing kat atas kek ok x?