Recent Posts

Friday, November 9, 2012

pumpkin bread with cream cheese filling utk kedua kalinya

assalamualaikum...


 alhamdulillah... kenyang makan pumpkin bread ni panas-panas.. semalam bila tengok kak Hesti tayang pumpkin bread with cream cheese filling , rasa tak tertahan lagi tunggu hari ni untuk saya cuba resipi asalnya dari JoyofBaking ni.. 1st time dulu dah buat kat SINI , tak jadi.. mampat je dan takde rupa sangat.. arapkan rasanya je yg boleh tahan tu..

Memandangkan baki pumpkin puree untuk buat bingka labu masih ada dlm freezer tu, lagi berkobar2 semangat saya.. kalau arapkan arini baru nakgi beli labu alamat merasa dalam mimpi je la kan... kali ini saya guna resipi yang kak Hesti..  dah saya edit ke bahasa melayu kita hihihi  dalam resipi tu ada dimasukkan bumbu spekku.. tp saya tak paham ape benda tu dan saya gantikan dengan cinnamon powder.


PUMPKIN BREAD with CREAM CHEESE FILLING
by : atie
sumber : kak HESTI

Cream Cheese Filling
115 gram cream cheese
350 gram gula castor
1/2 biji telur - saya guna sebiji sbb saiz telur kecik
1 sdt tepung gandum - saya tambah
 ( pukul sehingga lembut dan ketepikan )

Pumpkin Bread
225 gram tepung roti
1/2 sdt baking powder
1/2 sdt baking soda
1/2 sdt garam
1 sdm serbuk kayu manis
2 biji telur
200 gram gula pasir
115 gram unsalted butter ( cairkan )
210 gram  isi labu kukus ( dilenyek halus )
60ml air
1 sdt esen vanila
1/2 cawan kismis


Cara membuatnya :
1. Sediakan loyang loaf. Gris dengan butter dan alaskan kertas minyak. Panaskan oven 175 'c
2. Ayak tepung ,  baking powder , soda dan garam dan masukkan kismis.
3. Pukul telur sehingga berbuih halus. Masukkan gula dan butter cair dan kacau rata sehingga gula hancur.
4. Masukkan labu , air dan esen vanilla. Kacau hingga sebati. Campurkan adunan ini ke dalam tepung yang telah diayak tadi. Kacau rata. Jangan terlalu overmix takut roti akan keras nanti.
5. Tuang separuh adunan ke dalam loyang. Ratakan adunan cream cheese kemudian masukkan baki adunan labu.
6. Bakar selama 50 minit atau sehingga masak.
7. Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan

 alhamdulillah... hasilnya kali ni sangat memuaskan dari segi rasa dan teksturnya.. cuma yang saya tak puas hati fillingnya lari ke atas dan ke tepi bila saya tuang adunan kat atas untuk tutup filling tu sebelum bakar.. tp apa pun rasanya sedap.. kalau nak lebih sedap boleh tambah kekacang dan gandakan adunan cream cheese filling tu hihi...




1 comment:

Amie said...

Pumpkin memang banyak khasiatnya.... sedap pun iye!