Assalamualaikum...
Cara-Caranya:-
last week buat kek ni.. sebelum ni lepas raya puasa aritu dah buat sekali , kira 1st time la.. tapi masa tu tengah takde mood nak update blog. hmm dah lama sangat2 simpan resepi kek coklat ni.. rata-rata ramai memuji tentang kesedapan kek coklat lembap chef zubaidah. cuma saya baru sampai seru nak mencuba.. alhamdulillah.. memang tak rugi mencuba , kek coklat ni sangat sedap.. ramai yang menyangka saya kukus kek ni , tapi sebaliknya dibakar.. kelembapan kek nih seolah2 ianya dikukus.
anak-anak sangat sukakannya.. bila disimpan dalam peti sejuk 3 , 4 hari pun ( dalam bekas tertutup ) rasanya tetap sedap dan rasa bertambah sedap bila dinikmati sejuk-sejuk gitu.. tambah dengan lelehan ganache coklat tu , nikmatnya sampai menjilat-jilat sudu dan pinggan hehe
KEK COKLAT KUKUS CHEF ZUBAIDAH
by : atie
by : atie
Sumber: AlongRoz @ MyR
sumber : kak ummi
Bahan-bahan (loyang 8"/9" bulat) - akak guna loyang 8"x8"
- 100 gram serbuk koko *
- 250 gram gula kastor* (akak letak 230 gm je)
- 1 tin susu isian cair*
- 200 gram minyak masak sayuran*
- 250g susu pekat*(akak letak 230 gm je)
- 4 biji telur - dipukul sehingga berbuih (akak whisk je)
- 150 gram tepung gandum
- 1 sudu teh soda bicarbonate
- 1 sudu teh baking powder
- Campurkan kesemua bahan bertanda (*) dn masak dengan api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.
- Satukan dengan telur yg di pukul tadi dgn mixer. (akak guna whisker jek).
- Gaulkan bahan-bahan kering dan ampurkan sedikit-sedikit sehingga sebati.
- Masukkan ke dalam tin yg dilapik dan diminyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.(*akak bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu pada suhu 160C selama 45 minit or ikut oven masing2 yea..)
- Sejukkan dahulu sebelum dihiaskan dengan icing.(*akak letak ganache topping jek...Resepi topping tu akak suka guna yang kat Sini...elok licin jek bila dituang..cuma yg ni kurang pekat, kasi tangkap leleh gituuu.hehe)
Bahan Untuk Ganache/Icing:-
- 1 tin susu pekat - boleh dikurangkan jika tak mahu terlalu manis.
- 1 sudu teh esen vanila
- 1/2 cawan minyak jagung/apa-apa minyak masakan
- 1/3 cawan serbuk koko ( atie tambah hampir secawan..so,ganachenya bertambah pekat )
- sedikit garam
Cara Membuat:-
- Campurkan susu, serbuk koko dan minyak ke dalam periuk.
- Masakkan di atas api yang sederhana panas sehingga pekat sambil dikacau selalu dengan whisker.
- Kemudian masukkan garam dan esen vanila, kacau lagi.
- Setelah adunan agak-agak pekat (tidak perlu sampai menggelegak), tutup api.
- Biarkan icing betul-betul sejuk barulah disapu ke atas kek tadi.1st time buat.. bawak ke sekolah.....
4 comments:
salam mmg sdp kek ni moust dan lembab2 akk suka...
tak tahan tengok lelehan ganache tu... sedapnye
amboi....sedapnya nmpk coklat cair gitu
kak atie kalo x letak icing kat atas kek ok x?
Post a Comment