Recent Posts

Tuesday, November 20, 2012

Banana Upside Down Cake yang tak jadi....

assalamualaikum...

dah lama teringin nak buat kek ni... kelmarin alhamdulillah , berpeluang juga akhirnya.. dan rasa sangatlah konfiden kek ai akan jadik cantik menawan hihi tp ada lah beberapa gangguan bila nak siapkan adunan.. fikiran dan emosi dah terganggu gara-gara telur sepapan yang baru je dibeli ada yang rosak.. masa nak asingkan putih telur dan kuningnya pun dah huru hara kat situ bila kuning telurnya asyik pecah je.. ada jugak saya ramas2 je telur tu lepas geram.. hihi tanda-tanda awal kek saya tak kan menjadi


ok , bila semua dah selesai... masa angkat loyang nak masukkan dalam oven , tetiba ku terpandangkan pisang lecek yang sepatutnya dicampur dalam adunan tadi terpinggir kat dalam mangkuk lagi.. aduuuuh tepuk dahi.. nak cuat camana??? ambik jugak bubuh pakai sudu tuang atas adunan je lah.. nak kacau balik dalam loyang kot bertambah ngeri kejadiannya nanti... tawakkal je.. masa 30minit pertama dibakar, bangga jugak tengok bila kek naik elok je.. liciiiin je permukaannya.. sekali lepas tu , menggelembung merekah naik.. pastu tengok macam air karamelnya mendidih-didih...hmmm saaah tak jadik!

waktu masak kek nih sesuai bertepatan waktu dengan ketibaan anakanda jantan yang lasak dari nurseri.. sekali dia terpandang kek yang masih panas , ngamuk2 lah dia .. nak kue!!!


ok..nampak macam ok je kaaaan...
hmmm tp dalamnya tak gebuuuuu...
bolehlah dimakan...


Banana Upside Down Cake
copy dr : Idaddapur

Karamel

  • 100gm gula pasir
  • 6 pisang berangan ranum (di belah 2)

Adunan Kek

  • 160gm tepung gandum
  • 60gm tepung jagung
  • 2 biji pisang di lecek halus
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh baking soda
  • 3 biji telur (asingkan putih telur)
  • 50ml minyak masak / mentega cair
  • 40ml air
  • 1/4 sudu teh garam
  • 140gm gula kaster
  • 125ml susu cair ......ida guna susu segar jer

Loyang 8"

Cara-cara :
Karamel :
Masukkan gula ke dalam loyang dan cairkan hingga gula perang. Goyangkan karamel kiri dan kanan loyang tanpa mengacaunya sehingga rata. Biarkan sejuk. Kemudian gris tepi loyang dengan mentega atau minyak. Susun hirisan pisang di atasnya rapat-rapat.

Adunan Kek :

  • Pukul putih telur dan garam hingga kental dan bertanduk. Ketepikan.
  • Ayak tepung gandum, tepung jagung, baking soda dan baking powder. Ketepikan.
  • Satukan kuning telur, air dan minyak masak, pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan putih. Perlahankan mixer, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu cair hingga rata dan sebati.
  • Masukkan pisang lecek, gaul rata. Kemudian kaup balikkan dengan adunan putih telur hingga sebati.
  • Tuang ke dalam loyang berisi karamel dan bakar di dalam oven yang di panaskan terlebih dahulu selama 45 minit pada suhu 180C.
  • Keluarkan kek dan terbalikkan ke atas redai.



ok..kaau ada keberanian insyaAllah akan cuba lagi..

10 comments:

JaSSNaNi said...

sini pun ada kek pisang.. lahaiii.. berkilat2 pisang kat atas kek tu.. geram tengok..

MamaFaMi said...

Kesian, kesian juga bila baca luahan hati Atie. Tapi nak tergelak ada juga. Dahnya... Atie tulis..takut bertambah ngeri kejadiannya, mama dah dok terbayang muka hantu je... ahahahahaha... sabor je la..

Ala, rupa tak cantik, kalau rasanya sedap, tak de hal la...

FnF Simple Life said...

seyes cam best sgt kek karamel pisang ni... apa2 yg ada karamel sememangnye best kan... takpe nnt leh try lagi hingga puas hati... tq 4 sharing the recipe

Yantisa said...

tak menjadi pun still nampak sedap .. akak ni malas nak buat kek sebab nanti akak yg makan lebih . :)

Amie said...

Bila resepi tak menjadi memang geram sangat, apalagi waktu nak mula buat tu dah ada alamt dan tandanya he he heh... bergantung pada hati dan perasaan kita jugakan... tapi sesekali post resepi yang kurang menjadi pun okey apa...apa pun nampak sedap je kek tu!

atie @ ejay said...

@JaSSNaNi
kilat sbb karamel hihi

atie @ ejay said...

@MamaFaMi
nasib baik sedap:)

atie @ ejay said...

@FnF Simple Life
sama2.. mmg best, tp manisss:)

atie @ ejay said...

@Yantisa
sama lah kak...kita tukang habiskan kek

atie @ ejay said...

@Amie silap ati..resipinya dah ok hihi tula..awal2 dah huru hara