Monday, May 28, 2012

Tauhu poket kali ke 3...

Assalamualaikum...



menu berbuka puasa Khamis lalu.. tiba2 jadi teringin sangat bila tengok Kak Nor tayang tauhu poket.. saya pernah buat 2x antaranya kat SINI.. memang sedap2.. nak2 kalau dihidangkan dengan sos yang sedap juga hihi. buat lauk sampingan makan dengan mi goreng, kueteaw goreng, bihun goreng, nasi goreng pun sedaaaap:)



TAUHU POKET
Resipi : Che' Iza@myResipi
by:atie

bhn2:
5 kpg tauhu 
50 gm isi udang dicincang halus 
1/2 biji bawang besar didadu halus 
1 inci lobak merah diracik halus (byk lg sedap)
2 helai daun ketumbar dihiris halus
2 sb telur (saya taruk sebiji) 
1 sb tepung jagung 
1/2 sk pati ikan bilis(xmasuk pun) 
sedikit garam 

Cara-cara :
Tauhu dipotong 2. Kemudian korek tauhu buat poket (mcm buat tauhu sumbat). isi tauhu yg dikuarkan jgn buang. 
Hancurkan isi tauhu tadi dgn sudu. Campurkan semua bahan lain kedlm tauhu yg telah dihancurkan tadi. Gaul rata semua bahan. 
Sumbatkan bahan2 yg telah digaul td ke dlm tauhu. Siap mengisi tauhu, bolehlah digoreng. Goreng dgn minyak yg panas
Boleh dijadikan lauk atau snek yg dihidang bersama dgn sos.... 




sebenarnya bahan inti atau isi tauhu poket tu banyak yang lebih, kebetulan tengah pening nak masak kailan untuk berbuka aritu tak tahu nak goreng ngn apa, jadi say tumis bawang putih dan masukkan inti tauhu tadi ditambah dengan sedikit air dan sos tiram... maka jadilah kailan goreng yang sangat sedap itu hihi

3 comments:

adyna AB said...

Ermmm so nyummy :) blh cb nnt

Anonymous said...

sy org bujg, jd xbrape pndai sgt hal2 dpur ni...tp sy cm tingin nk buat tauhu poket...sy nk tnye, mase goreng, isi2 tu xterkeluar ke?ke ade teknik die?

atie @ ejay said...

cik ano..
hati2 masa goreng, insyaAllah isinya takkan keluar sbb intinya kita dah gaul telur kaan..dia melekat elok je