Recent Posts

Friday, November 5, 2010

sarapan...tauhu poket

wah..pg nih saya sgt rajin.. rajin sbb tekak nih dah tak tahan asyik duk bayang merasa tauhu poket.. akhirnya di pagi Jumaat yg mendung, hujan turun renyai2.. saya dapat penuhi selera saya ngn cik baby dlm perut nih.

ni kali ke2 saya buat tauhu poket yg simple tp sedap.. lebihkan isi udang, lagi best!
amik resipi ni dan cuba ye.

TAUHU POKET
Resipi : Che' Iza@myResipi
by:atie

bhn2:
5 kpg tauhu
50 gm isi udang dicincang halus (ikut suka)
1/2 biji bawang besar didadu halus
1 inci lobak merah diracik halus (byk lg sedap)
2 helai daun ketumbar dihiris halus(saya ganti ngn daun sup)
2 sb telur (saya taruk sebiji)
1 sb tepung jagung
1/2 sk pati ikan bilis(xmasuk pun) 
sedikit garam 

Cara-cara :
Tauhu dipotong 2. Kemudian korek tauhu buat poket (mcm buat tauhu sumbat). isi tauhu yg dikuarkan jgn buang.
Hancurkan isi tauhu tadi dgn sudu. Campurkan semua bahan lain kedlm tauhu yg telah dihancurkan tadi. Gaul rata semua bahan.
Sumbatkan bahan2 yg telah digaul td ke dlm tauhu. Siap mengisi tauhu, bolehlah digoreng. Goreng dgn minyak yg panas
Boleh dijadikan lauk atau snek yg dihidang bersama dgn sos....


kombinasi yg menarik.. mkn ngn mee goreng. mkn sikit je, tp perut sgt kenyang dan mula mengantuk hehe

2 comments:

Ati Masrif said...

wah sedapnya atie!
kak ati xnah mkn dan tengok so nak cubalah
rajin2lah dtg n komen yer

cuti-cuti ni rehat n tido lah atie ok..selalukan keje.

atie @ ejay said...

cuba kak..best nih:)