Recent Posts

Wednesday, May 30, 2012

Puding Kastard Bersagu

assalamualaikum...

pantas je masa berlalu bila duk kampung ni.. rasa cam dah nak abis seminggu cuti sekolah kan.. ni saja nak tayang menu yang dah berlalu , entri tertangguh lagi kan... duk kampung ni, banyak makan kenduri.. masak sendiri tentulah berkurang.. diet oh diet... kena abaikan sebentar , mungkin lepas cuti dan balik duk rumah sendiri boleh sambung balik hehe

TQ kak CT sebab kongsi resipi puding yang simple ni.. bukan tak pernah buat. tp biasanya main agak-agak je sukatannya. Kalau 3 kali buat, 3 kali juga berbeza sukatan dan cara membuatnya kalau tak ada panduan hihi. Sebelum buat puding ni untuk hidangan berbuka aritu , duk berkira-kira samada nak buat  Puding Sagu Gula Melaka atau Puding Kastard nih.. alih2 jadilah Puding Kastard Bersagu hihi. Ni tengah cuaca panas-panas terik gini , langkah selesanya anak tekak kalau dapat merasa segala bagai jenis puding yang sejuk-sejuk kan..

PUDING KASTARD
Resipi asal : Kak Ct
Olahan : atie

Bahan untuk puding :
1 cawan tepung kastard
5 cawan air
1/2 cawan biji sagu dimasak sehingga jernih dan ditoskan
1/2 cawan gula pasir

Cara-cara membuat pudingnya :
1. Larutkan gula pasir bersama air dalam periuk dan kemudian masukkan tepung kastard.
2. Masak di atas api yang sederhana dan kacau sehingga menjadi pekat dan berkilat dan masukkan biji sagu yang telah dimasak. Kacau lagi sehingga biji sagu betul bergaul rata dengan kastard.
3. Tuang ke dalam bekas acuan atau pun loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu ( supaya mudah untuk mengeluarkan puding itu nanti )
4. Biarkan hingga sejuk sedikit kemudian simpan dalam peti sejuk.

Bahan untuk kuah :
1 tin susu cair
1 tin besar mix fruit cocktail ditoskan airnya ( airnya guna untuk buat kuah )
1 1/2 tin air masak
4 sudu besar gula pasir - saya lebihkan
1 sudu besar tepung kastard - saya tambah untuk sedikit pekat
1 sudu teh esen vanila (optional)

Cara-cara membuat kuahnya :
1. Campurkan semua bahan kedalam periuk kecuali buahan cocktail.
2. Kacau sebentar dengan api yang kecil untuk melarutkan gula ( tak perlu hingga mendidih.) - saya didihkan sebentar sebab saya tambah tepung kastard tadi kan.. tp jangan lama, bila kelihatan kuah menjadi berat atau pekat sedikit..
4. Tutup api dan setelah sejuk masukkan dalam peti sejuk.
5. Hidangkan puding bersama buah cocktail tadi dan enak dimakan sejuk-sejuk.


2 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Salam perkenalan,

Sedap tengok Puding Kastad Bersagu tu.. tambah-tambah hari yang panas ni.. sejuk jer lalu di tekak kan...

Senang tengok resipi tu.. mohon share ye..

CT Delima said...

As'salam Atie

woww! sangat cantik nampak perubahan dalam resipi tu sangat menarik. boleh diperbagaikan kalau kita kreatifkan Atie, terima kasih ya Atie sudi mencuba :)