Sunday, May 20, 2012

Muffin coklat yani.. paling sedap!

assalamualaikum...

muffin yang saya buat Jumaat hari tu.. lepas maghrib buat muffin ni tu pun sebab auni duk bersuara nak buat kek angry bird.. dah lama janji ngn dia nak buat kek coklat untuk bawak ke sekolah.. lepas godek2 resipi jumpa resipi dari belog Hasue ni, resipi asal dari Yani@myresipi...

 

hehe satu adunan dapat 8 bijik je... tak puas makan. muffin coklat yang paling best rasanya sbb teksturnya tidak kering.. macam makan kek coklat moist je.. terbaeek! masa duk tabur almond nibs tu, auni siap angkat tangan warning " kakak tak nak kacang.. nak coklat sajee" taburka jugak choc chips tapi bila masak, tak nampak pun sebab tenggelam hihi



MUFFIN COKLAT
Resepi: Yani@myresipi.com
By:HaSue@sue.hasue.blogspot.com
by : atie

Bahan-bahan ( 10 biji )

* 200g coklat masakan
* 70g mentega
* 2 biji telur
* 50g gula halus
* 60g tepung gandum ( saya guna 70g gandum )
* 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara
  1. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" . 3.Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
  2. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
  3. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
  4. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
  5. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
  6. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

keluar oven, panas2 lagi auni dah mintak.. seronok tengok dia makan sampai 2 biji.. si ali lagi lah sakan, bising je minta disuapkan panas2. mmg sedap muffin nie, kat bhagian atas rasa garing dan dalamnya sgt moist.. buatnya pun tak susah..

 

11 comments:

Cheq Sue said...

saya dah beberapa kali jugak buat muffin ni tapi x pernahnya sukses... sampai merajuk xmo buat lagi dah.. ^^

atie @ ejay said...

yeke cheqsue.. alhamdulillah ni festime buat, menjadik.. nati leh buat lg:)

K.Nor said...

ni mmg muffin coklat paling sedap.. rangup kat atas dan moist kat dalam...

dapurCikWan said...

comel. kalau makan banyak kena gandakan adunan la ek... ;) boleh cuba ni.

Chik Mimi said...

Setujuuuu dedulu memang ghajen buat muffin ni

cheq da said...

macam cheq sue jgk..2 kali buat 2 kali hampeh..tak jadi..huhuhu

cheq da said...

macam cheq sue jgk..2 kali buat kali hampeh..tak jadi..huhuhu

cheq da said...

2 kali buat...2 kali tak jadi..2 pun dah lama..

atie @ ejay said...

>>k.nor, mmg sedap sgt kan k.nor:)
>>wan , hehe mmg kena ganda adunan, baru puas makan

Mama sayang said...

Assalam, mohon copy rspi ni sbb nk cbalh mnpk mcm sdp je, tq

elle said...

tgh buat..mmg best