Recent Posts

Saturday, May 12, 2012

Daging cincang & kacang panggang

Assalamualaikum...
selamat berhujung minggu semua.. malam tadi tidur tak lena bila my dotter demam. punyalah susah nak paksa dia makan ubat. sebelum nih kecik2 boleh lah trick dia macam2, bila dah besar ni.. masuk dalam susu pun dia boleh perasan dan rasa.. biasanya demamnya kejap je, paling lama 2 hari.. arap2 hari ni akan baik.. risau pulak berjangkit dekat ali

ok, dah sarapan ke? semalam sarapan ngn nasi dagang.. arini.. hmmm tak fikir lagi nak masak pe. hihi ni menu sarapan hujung minggu lepas punya. resipi ni dari Chef Amer Hamzah yg saya ambil dari majalah Saji keluaran April 2012. rasanya sangat sedap bila makan dengan roti.. hihi saya kepit je dengan roti gerdenia tu. puas hati bila tengok suami pun laju je makan, siap tambah-tambah.. risau jugak, kot2 dia tak suka.. nanti jenuh saya nak kena abiskan semua.


DAGING CINCANG & KACANG PANGGANG
resipi oleh :Chef Amer Hamzah
sumber : atie

Bahan-bahan :
400 gm daging kisar ( saya guna 200gm je )
2 labu bawang besar - cincang kasar
2 ulas bawang putih - cincang halus
4 tangkai cili hijau -  potong bulat
3 tangkai cili merah - potong bulat
1 sudu kecil rempah kari daging ( saya guna 2 sudu besar ) - campur dan bancuh dengan sedikit air
1 sudu kecil rempah sup ( tak bubuh pun ) - bancuh bersama kari daging
1 biji tomato - cincang
1 sudu kecil tomato puree
1 sudu kecil sos cili ( saya lebihkan )
250 ml air ( ikut kepekatan yang kita nak )
1 tin kacang panggang ( saya guna kacang panggang bercheese ayam brand tin kecil )
 garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakan :
1. Panaskan minyak , tumis bawang putih dan bawang besar , kacau sebentar.
2. Masukkan bancuhan rempah , kacau hingga naik bau.
3. Masukkan tomato , tomato puree dan daging hingga agak kecut.
4. Masukkan kacang panggang , garam dan gula. Kacau sebati.
5. Masak hingga agak pekat.
6. Angkat dan hidangkan dengan roti perancis dan telur mata kerbau.

** Cara penyediaannya mungkin tidak lengkap, jadi pandai2 lah sendiri hihi
Resipi hanyalah sekadar rujukan.. caranya terpulang ikut rasa hati kita ye. InsyaAllah menjadi :)

2 comments:

kasihredha said...

sesuai makan dengan roti...suka baked bean :)

Rohah said...

compom sedap ni, makan ngan lempeng dan roti mmg padan sesangat