Friday, April 6, 2012

burger malaysia...

assalamualaikum...

salam di pagi Jumaat yg penuh barakah.. dah sarapan ke semua? kita tak masak ape pun pagi ni.. jap tadi suami bawak balik nasi lemak dan kuih muih sikit.. nanti nak kena pikir nak masak pe pulak untuk tengahari nanti.. plannya awal pagi nih kami nak ke negeri sembilan, ikut suami iring budak silat... lat minit buat keputusan saya dan anak2 tak akan ikut memandangkan kesihatan dua beradik yang kurang memuaskan tu.. semalam pun saya terpaksa ambik cuti bawak diorang ke specialist di alor setar.. hati ni risau memandangkan kami bertiga je akan berada di rumah tanpa suami... risau kalau2 berlaku kecemasan lagi....
alhamdulillah... ada yang memahami, suami minta pelepasan untuk ke sana.. mujur ada sorang lagi penasihat mengiringi pelajar... klu tak suami terpaksa ikut juga walau hati berat nak tinggalkan anak2...

oklah berbalik pada burger malaysia ni... 1st time buat.. sebelum nih nak makan beli je. saya pun bukan gemar sangat ngn kuih nih.. tp bila terbeli kat gerai makcik tepi jalan tuh, rasa cam tersangat sedap je.. rasalah nak buat sendiri.. lama memendam hasrat akhirnya dalam minggu lepas, barulah tertunai segalanya... masa tuh ada lebihan sambal ikan bilis.. dalam hidup saya nih, rasanya boleh hitung ngn 10 jari saya masak sambal ikan bilis... sbb saya rasa sambal bilis yang saya buat tidaklah sedaaap.. ntah camana aritu, rasa berbunga2je hati tiba2 sambal bilis yang saya buat tu menjada dan kena dengan selera anak tekak ni hihi


Burger Malaysia
 by : yani@myresipi
Bahan-bahan ( 8 biji )
*200g tepung gandum
*140ml susu/air
*2 sudu besar butter/margerin
*2 1/2 sudu besar gula halus
*1/2 sudu kecil garam
*2 sudu kecil dry yeast
minyak untuk menggoreng
- sambal ikan bilis
- timun

Cara-cara
1. Masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan (*). Uli sehingga tak melekat kat tangan. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
2. Lepas tu , tumbuk-tumbuk doh roti tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat.
3. Biarkan naik 2 kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
4. Belah 2 roti yang dah masak tapi jangan sampai terputus. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun ang dihiris nipis-nipis.
buat burger malaysia nih utk makan malam... kebetulan pulak aritu kami kenyang dan perut rasa penuh untuk menerima nasi... jd buat keputusan utk cuba buat benda ni.. dapt lebih 8 biji sbb rasanya utk setiap biji roti nih saya timbang 25gm.konon nak bagi dorang semua sama besar hihi utk saya dan suami makan je diisi dengan sambal... budak2 2 orang tu makan gitu je.. sbb rasanya pun gebu mcm donat je...

2 comments:

mamawana said...

Sedapnyerrrr Tq for sharing the resipi.

izahdaut said...

comelnyaaa