Friday, April 13, 2012

Apam pisang gebu

Assalamualaikum...
alhamdulillah masih berkesempatan lagi utk menghirup udara segar di kampung..
sekarang bersiaran dr kampung en.suami kg. rhu dua, marang.
malam td selepas maghrib bertolak dr kampung saya.. mujurlah negeri kami berjiran kan hihi


apam pisang nih saya buat petang semalam..
bila melihatkan banyak sangat pisang yg ada kata rumah, hati jadi tak keruan
macam2 benda rasanya saya nak buat..
ingatkan nak aje simpan pisang lemak manis dan kapas yang ada tu utk saya bawa ke jitra
yang masih belum masak hanyalah pisang berangan..
tp memandangkan ianya dah mula meranum, terpaksa lupakan hasrat tu..
google2 resipi apam.. saya gabungkan resipi yang ada.. tak boleh bukak byk2 link apam pisang
nanti pening... jd saya rujuk resipi kat dapur kak mas n ros je
nak buat kek pisang, malas pulak nak tarik oven dlm kotak
pastu terpaksa lah suruh en.suami belikan baking powder dan soda bikarbonat
mana ada semua tuh kat dapur rumah di kampung ni.. yg ada ma ngn ayah je..hihi
ma pulak tak guna benda alah tu bagai..
dengar jugak ma merungut dah cemuh asyik makan jemput pisang je hihi



APAM PISANG GEBU
by : atie
rujukan : ros jintan manis dan Mas Duniaku

Bahan-bahan :
2 cwn tepug gandum*
1 sudu teh baking powder*
1 sudu teh soda*
15 biji pisang lemak manis ( siaz pisang nih stengah jengkal je )
1 cwn minyak
1/2 cwn gula pasir
2 biji telur
secubit garam

Cara-cara :
1. Ayakkan bahan2 bertanda (*)
2. Lenyekkan pisang.
3. Satukan minyak masak, gula , telur dan garam. Kacau dengan spatula sehingga sebati.
4. Masukkan isi pisang, Gaul sebati..
5. Masukkan tepung yang telah diayak dan gaul sebati.
6. Bolehlah dikukus sehingga masak.


 best bila makan panas2.. kalau suka boleh makan ngn kelapa parut.
rasa apam ni sangat kaya ngn isi pisangnya.. mcm makan kek pisang je..
lain kali saya akan gantikan gula pasir tu dgn gula perang
tentu lagi sedap dan warnanya pun takde lah pucat kan..

4 comments:

Balqis Nazid said...

memang gebus... terus terliur...
menjerit2 isi perut ni nak apam gebu ni he..he..

rahel said...

Wow..gebusnye..ambik dua..

ogyep yummy mellow said...

salam ziarah..gebussss.. betul gebusss.. kat dapur ada pisang emas, boleh lah try nanti.

atie @ ejay said...

>>BALQIS
haha mmg gebus..sian kat perut tu:)
>>RAHEL
sila2..pisang kat kampung nih banyak,nanti wat lagi hihi
>>OGYEP
wah pisang emas mmg sedap dibuat kuih @ kek kan