Recent Posts

Tuesday, April 10, 2012

donat kentang.. terbaeek!

assalamualaikum...
alhamdulillah...setelah beberapa hari menjamu selera dengan donat kentang,
arini baru berkesempatan utk update blog..
sebenarnya saya kurang berminat nak buat donat.. bakan tak suka makan donat...
tp selalunya donat yg saya buat kurang menjadi...
tp kan..bila baca kisah si abang n adik yg berebutkan donat paaaling sedap oleh kak izah kita kat SINI
tetiba semangat nak mendonat tu datang....

tengok donat saya yg gumuks comel tu hihi..
malas nak canai n terap, saya uli gentel2 dan wat lubang ngn jari je
alhamdulillah.. pencapaian terbaik saya dlm dalam mendonat ni hihihi
tengok dan rasa hasilnya.. rasa nak lompat bintang tinggi2... betapa bahagianya kihkihkih

semua donat tuh dicelupkan dengan cekelat...
tq auni..tolong ibu kat SINI..
dan saya ikut resipi kak wan...

DONAT KENTANG
sumber : kak wan@citarasawan

Bahan-bahan
400gm tepung gandum
11gm ragi instant ( saya guna 3 sudu kecil )
200gm  ubi kentang
2 sudu besar susu pekat manis
100gm gula halus
75gm mentega ( saya gantikan dengan 3 sudu besar minyak jagung )
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
120ml air

gula ising untuk salutan
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Kupas kentang, rebus hingga empuk dan lenyek hingga halus ketika masih panas. Sejukkan.
2. Satukan tepung, gula dan yis, gaul rata. Masukkan kentang lenyek dan bahan-bahan lain kecuali air. Gaul hingga rata dan masukkan air sedikait demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan elastik.
3. Rehatkan adunan selama 15 minit dan tutup dengan kain / plastik sehingga mengembang.
4. Canai dan terap dengan acuan donat dan letak di atas dulang yang ditabur sedikit tepung. Rehatkan selama 20 minit lagi hingga mengembang.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
6. Salut dengan gula halus atau coklat mengikut suka.

Cara saya : satukan semua bahan di dalam mangkuk pengadun. masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul dengan mixer dengan menggunakan mata cangkuk utk doh.. jadi tak perlu lah saya melenguhkan tangan utk menguli doh donat ni hihihi
nampak lembut kan...
makan esok hari pun donat nih tetap gebus dan lembut je...


5 comments:

Yaya Azura aka Naz Azra said...

teringin pulak nak membuatnya
sebelum nie pun yaya tak pernah berjaya buat donut or roti.bab ragi/yis mmg tak pernah pass.huhu

tun_telani said...

salam kak atie.. tun mmg suka donat kentang, mmg lepas semalaman pun lembut lagi. dh lama x mendonat, sejak dua menjak tgk stop makanan goreng2 nih.. so terliur sorang2 je la.. hihi

atie @ ejay said...

>>YAYA try uli guna mixer plk.. kot2 menjadi hihi

>>TUN diet ke skrg hihi rsa hari2 nak wat donat pulak hihi

rahel said...

Waw..nampak lembut dan gebu jer donat kentang ni...

atie @ ejay said...

>>RAHEL tulah...nanti ak try guna keledek plk hihi