Tuesday, December 6, 2011

kenduri kesyukuran & akikah

assAlamualaikum...

oh tengah2 malam buta ni baru berkesempatan nak mengapdate belog... anak2 dah tidur sambil tunggu en.suami yg belum balik lagi... mata pulak masih belum mengantuk.. hmm rasa cam lama dah tak menulis dan berkongsi menu di sini...

alhamdulillah sehari lepas 4/12/2011 ( ahad ), kami mengadakan majlis kesyukuran sempena mendiami rumah baru dan juga akikah utk Muhammad Ali Ilhamy... tp sayangnya, kerana terlalu sibuk dan kelam kabut.. sekeping gambarpun tidak sempat kami rakamkan untuk tatapan kenang-kenangan.. almaklumlah, bila masak sendiri dengan berlaku sedikit kekurangan dalam peralatan memasak.. banyak juga yg terpaksa kami beli...
mujurlah kedua2 belah ahli keluarga kami yg banyak membantu terutamanya ma, ayah, mak & ayah.... serta adik beradik yang sudi bertandang dan membantu...

lauk yang kami tempah siap hanyalah kurma kambing untuk akikah ali... ayah sendiri yang sembelihkan kambing tu dan di masak oleh tuan punya kambing sendiri.. alhamdulillah, mmg sedap kurma kambing tu.. terima kasih kepada teman encik suami yg rekemenkan.. kemudian lauk lain ialah gulai daging, pindang keladi, ikan kering dan acar... terima kasih kepada mak mertua yg masakkan nasi dagang terengganu yg best...

terima kasih buat keluarga, rakan2 dan jiran2 yg sudi datang untuk memeriahkan majlis kesyukuran dan akikah yg kami adakan...

1 comment:

KuNanGKuNanG said...

bestnye..skali2 wat kenduri ni penat sikit tp berbaloi sbb dapat bersedekah makann pd tetamu dan dapat berkumpul dgn ahli keluarga..:)