Recent Posts

Wednesday, November 23, 2011

laksa johor resipi Kak Jee

assalamualaikum...

bangun pagi ni disambut oleh hujan renyai2 dan angin yg menghembus laju.. sekali sekala seolah2 mengganas diiringi bunyi yg kedengarannya sgt menggerunkan saya sambil terlintas di minda bahawa bumiNya ini sudah tua.. teringat juga bahawa angin ialah salah satu gerombolan tentera Allah... terasa insaf, kerdilnya diri hambaMu ini...

sambil melayan incik ali yg pagi2 dah bangun ni, teringin pula mahu berkongsi resipi laksa.. laksa Johor.. seingat saya, 4,5x dah saya buat laksa johor ni... biasanya tanpa panduan.. campak je sesuka hati... tp kali ni saya merujuk resipi dari kak Jee.. cuma jumlah dan sukatannya sedikit berbeza... disesuaikan dengan kuantiti kuah yg saya mahu...


petang isnin, ajak en.suami ke pasar malam.. pastu bila terpandang ikan selayang ( sardin ) yg segar2, terus dlm hati terdetik nak buat laksa johor.. petang semalam keluar lagi ke supermarket sbb daun pudina takde kat pasar malam tu.. lain orang lain seleranya kan? tekak saya nih, klu makan laksa johor mesti nak kena ada daun pudina... kalau laksa sarawak pulak mesti, wajib ada daun ketumbar sbg ulam.. klu tak, rasa cam tak lengkap je hidangan dan saya sanggup tak buat laksa tu walaupun yg kurangnya hanya daun ketumbar...


Laksa Johor
sumber :  Kak Jee


BAHAN2NYA:

1kg ikan sardin (ada orang panggil ikan selayang)
¾ cawan rempah kari ikan (Kjee guna Babas)
½ cawan cili kering yg dikisar
¾ cawan udang kering (cuci bersih, keringkan dan kisar)
5 batang serai
2 inci halia - lupa nak masuk
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar
2 cawan santan pekat - saya pakai 200ml je
 ½ cawan minyak masak
1 sudu besar kerisik


ULAM2
Timun
Taugeh
daun kesom/daun selasih 
kacang panjang - takde
limau kasturi 
lobak asin - tak penah cuba makan ngn laksa ni
daun pudina


CARA:
Ikan dibersihkan pastu kukus. Ada orang rebus tapi kalau kukus lagi senang nak carikkan isinya. Air kukus simpan. Kisar ikan yg telah dibuang tulang dengan air kukusan ikan tadi. Tepikan. Kisar bawang, serai, lengkuas dan halia sampai halus.
Panaskan periuk bubuh minyak setengah cawan dan masukkan bawang, serai, lengkuas dan halia kisar tadi. tumis sampai naik bau. Masukkan rempah ikan dan goreng pantas selama satu minit. Masukkan air setengah cawan dan goreng lagi kira-kira lima minit. Pastu masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak.
Bila terbit minyak, masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Bubuh air tiga cawan dan santan dua cawan. Bila dah mendidih masukkan 1 cawan udang kering kisar dan satu sudu besar kerisik.


uhuk.. kali ni makan laksa johor tanpa sambal.. biasalah klu dah RAJIN kan.... hehehe

1 comment:

Zefa NorAsmara said...

Mmmm.. sedapnya laksa johor.. :D