Recent Posts

Saturday, October 15, 2011

super moist eggless chocolate cake.. utk hero tersayang

assalamualaikum...
akhirnya setelah sekian lama cuak dengan tajuk mana2 kek yg ada "eggless" tu... ku buat jugak kek ini demi hero kecik tersayang yang tersangat alah dengan makanan yg ada telur.. sedih ibu gini bila kami makan kek, adik ali leh tengok je ngn air liur meleleh2 hihi


mmg superb moistnya... sedap!
kejap je dah abis sbb takde lah dapat besar mna keknya.. oklah kan..
hihi buatnya khas utk budak kecik ali.. tp rasanya ibu budak tu yang pulun lebih..
erk..aritu berat ada turun 2kg.. tp nih cam naik lebih dr 2kg pulah..aaiiiih...


SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

MASAK SENDIRI LAGI BEST... CUBALAH:)

2 comments:

quinnie said...

masak sendiri memang puas hati kan atie...ganache boleh letak melimpah2..hehhehe

Chah said...

sedapnya nampak...saya mmg choc lover tq..mintak ijin linkkan blog atie ni ke blog saya ya...tenkiu..