menu berbuka posa Ramadhan aritu sebenarnya... masak ikut suka je.. campak2 gitu..
tp bila makan.. hmm sedapnya!hehe nanti bolehla try lagi:) rasa cam makan kat restoren je..
en.suami pun kata best..hmm klu ada gajus, lagi best nih....
AYAM BIJAN BERMADU
sumber : atie
bahan2 :
300gm isi ayam dipotong kecil
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar madu
1 sudu besar kicap
sedikit garam
sedikit jus limau nipis
** perap semua bahan bersama isi ayam dan biarkan selama 30 minit. klu lama lagi best rasanya
utk menggoreng :
1 labu bawang besar dipotong dadu besar
3 ulas bawang putih dicincang halus
3 tangkai cili kering digunting kasar
2 sudu biji bijan
2 sudu besar madu
2 sudu tepung jagung
minyak masak secukupnya
caranya :
- gaulkan isi ayam yg diperap dengan tepung jagung dan goreng sehingga masak. jangan terlalu garing
- bila masak ketepikan.
- minyak gorengan ayam dipanaskan
-tumis bawang putih, bawang besar, cili kering dan biji bijan
-goreng sehingga bawang layu
- masukkan madu dan isi ayam yang sudah digoreng
- gaul rata, sesuaikan rasa dan boleh dihidangkan
sangat best makan dengan nasi putih panas2.. ayam jgn digoreng terlalu lama. nanti isinya tak sedap dan kering. satu kemestian bagi atie, bila perap ayam perahkan sedikit limau nipis.. jd isi ayam akan lebih "berjus" bila masak hihi
2 comments:
nanti boleh lah try
akak nanti saya nak try ek..mekasih
Post a Comment