Saturday, October 8, 2011

apam yogurt... yam flavour

assalamualaikum...
suka tangguh2 update pasal makanan.. nak mau cakap alasan ape dah. hihi klu bleh nak je hari2 update blog ni.. nih buat ari rabu lepas rasanya...
layan jelah apam yogurt best nih.. dah lama sgt nak menerainya.. rupanya dah berbulan2 beli double action baking powder tu.. pastu mula lah duk tilik2.. nak buat ape ngn d/a baking powder tuh. kenapa aku beli benda alah nih ye?? rupanya nak guna utk wat apam ni lah...

 tp sedey sikit..apam nih tak mau mekar sgt.. senyum tu dah senyum.. tp mcm tak ikhlas je.. senyum perli gitu kat tukang buatnya.. nak tengok yg mekar elok, cun melecun leh jenguk kat umah kak nor ke, kak izah ke.. kak ita ngn kak rima pun sama.
APAM YOGURT
by :  Rima
sumber : kak ita
2 cawan gula castor *kurangkan
1 sdt ovallete
2 cawan tepung gandum
1 cawan yogurt asli ( atie campur ngn susu segar sikit sbb yogurt xcukup secawan hihi )
2 biji telur
1/2 sdt double action baking powder
1 sdt serbuk koko
1 sdt pes coklat
* atie gantikan ngn yam paste dan sedikit pewarna purple

Campur semua bahan di atas dalam mixer.
Pukul sampai adunan menjadi pekat, pucat warnanya..*guna high speed.
Adunan menjadi pekat seakan-akan yogurt..
Asingkan sedikit daripada adunan tersebut (lbh krg 5 sdb) dan campurkan serbuk koko dan pes coklat, gaul sebati.
Sendukkan adunan putih ke dalam cup muffin 3/4 cup, sudukan sedikit adunan coklat atasnya.
Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi.Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan mekar tersenyum...
Sejukkan & simpan dalam bekas tertutup.
*Pes coklat, serbuk koko boleh diganti dengan apa bahan lain jika inginkan kelainan contoh  jem atau filling dan pewarna kesukaan
*Pastikan menggunakan api yang besar semasa memasak air kukusan dan pastikan juga air kukusan benar2 telah mendidih sepenuhnyer barulah diletakkan apam untuk mendapatkan apam yg mekar.
Penutup kukusan juga hendaklah di balut dgn towel atau kain supaya air tidak menitik atas apam.


1 comment:

Nor said...

Yum...sedap tu rasa keladi..