Recent Posts

Sunday, October 9, 2011

Apple Cake... dah basi

assalamualaikum...

hihi lupa nak siasat kejadian kek nih bila.. dah berbulan-bulan rasanya....
tp kelazatan, kegebuan, kelembapan kek ini masih belum lagi ku lupa..

 memang sedap kek nih.. ada rasa masam2 epal hijau tu
cuma utk 1 adunan leh dapat kek kecik je
sekali buat kejap aje lesap dlm anak tekak hihi
lenkali kena buat 2 adunan sekaligus ( punyalah makan banyak...nk kata ape:)....)

 APPLE CAKE

sumber : Yani myresipi 

Bahan-bahan

  • 1 biji epal( saya pakai 2 biji )
  • 100g mentega-suhu bilik
  • 80g gula halus + 2 sudu besar gula
  • 2 biji telur
  • 100ml fresh cream/whipping cream
  • 150g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara

  1. Bersih dan kupas kulit epal. Potong kecil-kecil lebih kurang 3mm. Gaulkan dengan 2 sudu gula. Kemudian masak sehingga epal jadi lembut. Atau boleh juga masuk ke dalam microwave. Panaskan selama 3 minit.
  2. Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula, pukul sehingga putih.
  3. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul.
  4. Lepas itu, masukkan fresh cream. Kacau sehingga sebati.
  5. Kemudian masukkan tepung yg telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati.
  6. Akhir sekali masukkan epal+air (air yg keluar dr epal). Kacaukan. Lepas tu masukkanlah ke dalam loyang.
  7. Bakar selama 35 minit dengan suhu 180C

No comments: