Recent Posts

Sunday, August 28, 2011

Biskut Raya 2 : Crystal ball cookies

assalamualaikum...


rasa bersemangat sgt buat biskut raya tahun ni walaupun kekangan masa yg menyesakkan... tahun ni saya beli sejenis je biskut.. 2 nak tak nak.. kena buat jgk.. utk bawak balik kampung, bagi sikit kat pengasuh auni dan jugak bekalan sikit kat Jitra.. teruja sangat nak mengukis bila tengok cookies best2 kat blog kak wan.. klu ikut banyak lagi nak buat, tapi tak sempat pulak..

color ijau, kuning dan pink nih ntah yang ke3 kot buat.. sbb yang 1st n 2nd, buat color biru, pink dan hijau hehe. seronok je bila main ngn color2 cun ni.. lagi pun biskut ni simple je. senang sgt nak buatnya.. saya punya tak gebu.. tp cam rangup gitu.. kak wan buat tak tahulah dia punya style rangup ke gebu ke.. biasa yang saya makan, gebu n mudah berderai masuk mulut hehe.. tp best je, kruuuk kraaak gitu ehehe saya takde lah bersungguh sgt makan biskut yg bahannya guna banyak minyak sapi... buat biskut ni, siap stanby penimbang depan tangan lagi.. cubit sikit2 kasi timbang 9gm utk sebijik bola.. pastu bila bakar, waduh! cam besar la pulak.. pastu buat jadik 8gm je.. so, takde lah besar sangat hehe                                                             




 Biskut Suji Crystal / Crystal Ball Cookies
copy dari : kak wan


Bahan A(diayak bersama)

250gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh baking soda

Bahan B

125gm gula icing
1/8 sudu teh garam
100gm badam kisar (dipanggang)
1/2 sudu teh perisa vanila
200gm minyak sapi (cairkan dan sejukkan)
Perwarna : pink, hijau dan kuning
Hiasan: gula kaster






Cara-cara :

1. Satukan bahan A dan bahan B kecuali pewarna. Gaul perlahan-lahan sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 20 minit atau lebih.
2. Bahagikan doh kpd 3 bahagian dan letakkan tiga jenis perwarna secukupnya.
3. Susunkan ketiga-tiga doh ini kpd satu doh yg panjang dan bahagikan doh ini kpd 10gm setiap doh.
4. Bulat-bulatkan doh dan susun didalam loyang pembakar.Panaskan ketuhar. Bakar pd suhu 150c selama 15-20 minit.
5. Biarkan sejuk dan salutkan dengan gula kaster.


1 comment:

Fitri Senin said...

Yg ada color biru tu comey