wah.. dah lama rasanya sudah tidak bersiaran dengan resepi2 utk dikongsi bersama rakan2 semua.. sibuk sangat.. alhamdulillah.. dah selamat sampai di kampung tengah2 malam tadi.. dekat jam12.30 jgk rasanya.. bertolak pun dah kul 3 lebih... sepatutnya ari Jumaat dah balik, tp sbb terlalu banyak sgt keje2 yg nak kena setel.. tunda aje ke ari Sabtu..
Berbalik pada biskut raya nih, dah lupa bila tarikh kejadian.. rsanya buat dlm tengah2 bulan puasa kot.. nak rujuk tarik kat gambar pun dah tak boleh, sbb baru je malam semlam en.suami rajin tolong snapkan gambar.. borong sekaligus ngn biskut2 raya lain hehe punyalah tak cukup masa... resepinya saya cedok dr rumah kak nor. mula bila biskut nih masak.. ingat dah tak jadi.. cam lemau je.. tp eh, lama2 duk punggah2, rangup pulak ehehe cumanya biskut saya tak nampak perang kan?? tak tahu pulak ape sebabnya... tp biskut nih tak bawak balik kampung sbb last minit packing barang, bekas pulak tak cukup nak isi....
Biskut Coklat Chips
copy dari : Kak Nor
180gm mentega/marjerin
90gm gula castor
100gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
200gm tepung naik sendiri
160gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam
100gm coklat chips
120gm badam cincang ~ k.nor guna sunflower seeds
- Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang, goreng tanpa minyak sekejap, tp jgn sampai hangus.
- Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
- Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
- Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
- Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
- Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja.
biskut ni sangat rapuh dan rangup gitu... terima kasih kak nor sbb kongsikan resepi ni:)
1 comment:
salam atie.. nak bg lebih perang/brown, lebihkan masa/tempoh membakar.. insyaallah akan lebih perang nnti
mekasih sudi try ya
Post a Comment