Assalamualaikum...
dah malam pon.. arini penat sgt layan karenah auni yg macam2.. ali pun sama jugak, asyik merengek je klu tak tido.. payah nak berenggang.. mujur petang nih masak simple je, buat kek utk sambut besday sendiri dan special sikit, buat chicken chop with cheesy blackpepper sauce.. haha jgn tertipu ye, lauk ayam nih saya masak minggu sudah lagi.. ari ape ye? lupa dah... rasa ayam nih best je.. mmg saya duk cari2 resepi menarik utk masak ayam.. sbb slalu blurr tak tahu nak masak camana.. menu nih kakak saya yg rekemen, katanya sedap sangat.. alhamdulillah.. tak sia2 mencuba.. esok paginya, 1st time sahur makan nasi sbb ada lauk nih hehe ambik resipi dari dapur CMG . terima kasih sbb sharekan resepi best nih...
AYAM MUSSAMAN SIAM
sumber : CMG
BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
3 biji ubi kentang saiz sederhana, kupas, belah 4 dan rendam
2 batang serai, dititik
1 cm lengkuas, dihiris
1 biji bawang besar, dihiris
1 batang leek, dikerat2 (optional)
2 biji tomato, dibelah 4 setiap satu (tak letak, sebab tak de)
3-4 helai daun limau purut, disiat2
10 biji cili padi siam, dibelah 2 (mat cuma ketuk je)
2 camca besar sos tiram
3 camca besar sos ikan saya tak pakai
1 camca besar kicap cair
Gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji cili padi siam
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 camca besar ketumbar biji
1 camca besar jintan manis
1 batang kayu manis, diketuk hancur
1 kuntum bunga lawang
CARA MEMBUATYA :-)
-Ubi kentang direbus hingga 1/2 empuk, toskan kemudia goreng hingga kekuningan, angkat dan tos atas paper towel.
-Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, anggaran 3 camca besar. Tumis bahan kisar halus bersama serai dan lengkuas hingga harum dan terbit minyak. Masukkan sos tiram, kicap cair, sos ikan dan sedikit gula. Kacau rata.
-Tambah ayam dan gaul rata. Tuang sedikit air dan masak hingga ayam empuk. Masukkan kentang, daun limau purut, cili ketuk dan batang leek, masak hingga kering sedikit, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat..
No comments:
Post a Comment