Thursday, July 14, 2011

apam dot dot bertukar nama

assalamualaikum...

selalu rindu nak update blog nih.. tp masa tu sangatlah cemburu hehe arini tak keje, cuti peristiwa sempena ngn hari karnival anugerah semalam... rasa lega sikit walaupun keje tetap tak mau berkurang.. arap2 lepas nih takde lagi acara2 besar yang memenatkan.. dan bolehla tumpukan utk budak2 nih plk.. boleh wat extra class.. ada budak2 request utk buat kelas malam.. hehe insyaALLAH akan dipertimbangkan.. moga2 tubuh nih sentiasa segar.. minda pun sama.. asyik terdera je selalu..

 

hari rabu, ma ngn ayah datang sini selepas tiga malam kat penang.. diorang tido semalam kat tiap2 rumah anak2nya kat sana, pastu tido semalam je jgk kat sini. diorang baru balik dr Sabah n turun kat penang terus.. malam tadi, naik bas balik Pasir Puteh.. masa antar dorang naik bas, auni lah yg paling sedih.. sebak tengok dia nangis2, guling2 nak ikut tok ayah balik.. mmg kuat dia meronta2 minta dilepaskan ayahnya, n bila terlepas dr pegangan ayah dia sempat lg dia berlari kejar bas yg dah bergerak.. uuuh sediiiih sgt masa tuh.

berbalik pada cerita apam nih... hehe nih resipi apam dot dot macam yg saya penah buat jgk.. tp tukar nama jadi apam comel sbb tak larat nak mengedot com dot my tu.. rasanya tetap sama jgk.. buat utk ma makan2 n bawak balik.. buh inti kegemaran saya, inti kacang merah.. pastu malam tadi buat lagi utk kami makan2..
rasa nak letak lagi resipinya kat sini...


Bahan-bahan

* 3 biji telur - dari peti sejuk
* 275 gm tepung gandum
* 220 gm gula halus - saya boh 180gm je
* 150gm susu segar
* 3 sudu teh baking powder
* 1 sudu kecil ovallete
* Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)bleh ganti ngn mcm2 inti
* Pewarna

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

dan yang kat bawah tuh buat minggu lalu.... order dari kawan.. minggu sebelum tu pun buat jgk, order dr kawan kat skolah.. terima kasih farihah n kak faizah...

 

satu bekas nih ngam2 leh muat 100biji... 50 biji inti coklat, lg 50biji inti kacang merah..

8 comments:

quinnie said...

salam kenal...cantik rupa apam dot2 ni bila buat bentuk lain....:)

atie @ ejay said...

a'ah..cantik:)

Nik said...

comel.kalau nik buat ni ntah jd mcm mana la agaknya.huhu

Kak Nik Ja said...

salam ...shantiq n chumel!!kreatip!!

K.Nor said...

kiutnyer! lagi lawo dr dot dot :)

atie @ ejay said...

nik>>cubalah..jadik punya
mokwo>> hehe shantiq2
k.nor>>betul k.nor..jari pun tak sakit hehe

Nor said...

salam atie. sian auni, mesti cucu kesayangan tok ayah ni..

comel sangat apam ni, tambah lagi yg ada rambut sejemput tu hihi..terliur la!

HaSue said...

assalamualaikum..pn umah..
mmg comel jer apam tu..pelbagai corak jer kn.rajin2..hehe..