Sunday, June 12, 2011

fettuccine tomyam berkrim.. wow sedap:)

assalamualaikum..
erggh.. geramnya.. sepatutnya dah publish awal2 tadi lagi...

hai semua! dah makan malam ke? makan pe? ke ramai yg tengah diet nih.. hihi... bila la ku nak berdiet ni.. badan makin naik.. rasa cam malu lak bila ramai yg menegur hehe kami baru je sudah menjamu selera ngn fettuccine tomyam berkrim.. wah.. campak2 mana yg ada, terus dapat nama cam yang disebut tu... haha sekali sekala kena pandai2 pelbagaikan cara masak.. baru best kan?


asalnya saya nak buat prawn spaghetti olio la konon.... mmg plan nakgi pasar malam jap, nak beli udang... bahan2 lain dah ready stock dah pun. sebelum nakgi p. malam, ajak suami singgah jap kat kedai tuh nak konfem n booking utk kabinet dapur. pastu terlama lah pulak kat sana.. siap en.suami terpaksa angkut ali dulu dr nurseri bawak ke kedai nih... sembang punya sembang.. dah tak sempat nakgi pasar..



so bila balik lewat sgt dah dekat kul7, fikir nak masak pe.. en.suami offer nak beli je makanan.. saya pulak sedaya upaya la kan nak elak, tak mau beli kat kedai.. pastu, bila idea datang.. terjadilah kejadian sebegini je.. hehe simple tapi sedap bangat! klu nak try, bolehlah rujuk kat bawah ye...




bahan2:
secekak fettuccine ( dlm 250gm ) - rebus sampai lembut n masak
isi ayam
1 kiub pati tomyam
 sebiji telur
2 setengah cwn air
1/2 cwn susu segar + 1 sudu tepung jagung
parutan cheddar cheese
sayuran ( saya pakai cendawan, bunga kobis, sawi n carrot )
5 ulas bawang putih - dicincang
minyak utk menumis..

 
caranya :
- tumiskan bawang putih shg naik bau.. masukkan isi ayam dan kiub tomyam
- masukkan air dan didihkan, lepas tu leh masukkan fettuccine tadi.
- pecahkan telur.. dan masukkan campuran susu segar dan kacau sehingga pekat
-masukkan sayur dan tabur parutan keju, kacau dan ratakan
- kemudian matikan api dan bolehla hidang
- pasta nih sedikit berkuah.. pekat dan berkrim
- sesuai tak saya namakan dia sebegitu??? hehe sila angguk!


 
klu boleh lebihkan kiub tuh, lagi terasa tomyam tuh.. tp terpaksa letak satu je sbb takut pedas.. nanti kesian plk ngn auni. tadi pun sronok bila tengok dia berselera je makan.. hehe auni nih klu mee, maggi, bihun, laksa n jenis2 pasta yg panjang gini dia panggil UBI... haha tak tau lah dr mana dia dapat nama ubi nih...

No comments: