Wednesday, April 20, 2011

kek pisang marble susu

assalamualaikum...

buat kek nih ari isnin... ( skrg nih klu entri masak memasak mmg tertunggak punya.. ) masa kat sekolah lagi duk pikir2 camana nak abiskan pisang yg dah terlalu ranum masaknya dlm peti ais.. balik dah lewat.. en.suami jemput lepas dia keluar opis, semayang asar dan amik ali dulu kat nurseri.. baru jemput saya dan ambik auni kat rumah pengasuh. sbb dah lewat, en.suami ajak makan kat Hijrah Cafe.. antara tempat yg terbaik lah yg jd pilihan kami utk makan2.. kami berdua makan nasi goreng kampung, dan wonderpet set utk kakak auni...

saya teringin nak makan kek pisang macam yg saya penah buat kak SINI, tp bil fikir kat en.suami yg tak berapa sgt ng kek pisang kosong nih, tukar resipi bila jumpa pilihan hati kat belog kak ummi ni...

hasil kek yg saya buat sgt tak memberangsangkan... rasa terlebih soda plk... pastu tak gebuss..


KEK PISANG MARBLE SUSU
Resepi: Ros @ JintanManis
Sumber: MaDiHaA
kopipes from : kak ummi

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula (akak letak 3/4 cawan je)
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan susu segar
  • 4 biji pisang yang ranum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 3 biji telor (*akak guna gred A)
  • secubit garam
  • sedikit esen vanila
  • sedikit coklat emulco ataupun serbuk koko
  • 1/4 cawan chocolate chips - ni akak tambah
Cara-caranya:-

  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, selepas itu, lenyek pisang dan campur sedikit dengan garam, ketepikan. (lepas siap step 1 ni.. MaDiHaA panaskan oven dengan uhu 170C)
  2. Pukul telur bersama gula hingga kembang. Setelah adunan kembang, masukkan pisang yang telah dilenyek tadi bersama minyak masak lalu dikacau sebati. Selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen vanila, kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu.
  3. Ambil kira-kira 2 senduk adunan kek, (MaDiHaA ambil 3 senduk) (akak ambil 4 sudu besar jek) dan campurkan dengan coklat emulco atau serbuk koko, kacau sebati dan ketepikan. Akak pun bahagi dua setiap warna adunan mcm Madiha. (Cara akak - Curah 1/2 adunan plain dalam loyang, tabur chocolate chips, then curah 1/2 adunan coklat, buat lagi satu lapisan untuk sebahagian adunan kedua-dua warna, lorekkan perlahan dengan menggunakan garpu.
  4. Bakar kek pada suhu 170 darjah celcius selama 60 minit, setelah siap di bakar, sejukkan atas redai.
Nota MaDiHaA : MaDiHaA guna loyang 9" x 9" (akak guna loyang 7x7 in). Bakar dengan suhu 170 darjah celsius menggunakan api atas & bawah selama kira2 35 minit. Tempoh membakar bergantung saiz loyang yang digunakan & juga jenis oven masing2.

4 comments:

zahidah dihaz said...

cantiklah keknya...boleh diperbaiki lagi tu...


lama dah tak buat kek..tunggu raya nanti je lah baru buat...hehehehe



New Entry: Petua mengelak pitan

Unknown said...

dah lama x buat kek pisang....selalu buat yg plain jer...

p.s: sakit mata dah elok ker?

atie @ ejay said...

>>zahidah
tunggu raya lambat lg lah yang hehe

atie @ ejay said...

>>mamamya
kes nak abiskan stok pisang..hehe tringin nk buat kek carrot..tp takut xjadik

..mata bengkak lg nih