Recent Posts

Thursday, March 24, 2011

custard teaCake...wajib cuba!

assalamualaikum..

salam pagi semua.. cuaca mendung je kat sini. petang2 selalu je ujan lebat.. sejuk.. sejuuuuk.. minum kopi panas2 nih sedap jgk.. nak2 klu dapat makan ngn kek sedap nih hehe. ni kes terliur la sbb byk sgt dah dapur2 duk kempen soh buat kek nih. memula 1st time tengok resipi nih kat dapur CMG, pastu kat rumah Hasue.. jenguk umah kak dayang pun ada. sedap ke? sedap la kot...  tetiba singgah dapur MAS , hidang kek ni jgk. pastu terpampang plk kat blog pautan kasih dah penat berjalan, berhenti kat rumah kak nor pun tayang benda sama.. hah ni mmg sah sedap la tuh.

jadi sebelum isyak malam td, terus kita masuk dapur.. yelah bahan2 yg memang dah sedia ada kat dapur tuh, rugi plk rasanya klu tak cuba kan... bila dah masak tuh, mmg tak sabar2 nak potong. kastard tuh masih panas, jd masa potong nampak comot sikit. klu potong masa dah sejuk, elok cantik je lapisan kastard tu tau :).. kita letak color pink sbb tak mau nampak sekata je ngn color kek.. hehe

kek nih mmg sedaaaap sgt2. nak buat pun tak de susahnya.. mmg berbaloi2 ngn hasilnya tuh. hehe rugi plk tak buat dua adunan utk kek nih. hehe takpe, nanti leh buat lagi.. terima kasih kat mereka2 yg tayang kek ni. tak rugi jadi pengikut blog diorang k.
sumber asal : Ida 1001resipi
tempat rujukan : ngn sifu2 kat atas CMG, Hasue, kak DJ, Mas, Tun dan kak Nor
tempat kopipes : CMG

BAHAN KEK :
125 gram mentega ( atie pakai planta je )
1/3 cawan gula halus @ gula kastor
1 biji telur gred A
3/4 cawan teping naik sendiri (self raising flour)
1/2 cawan tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla
** atie ikut k.nor, tambah 1/4 fresh milk dlm adunan kek

BAHAN KASTARD :
1 camca besar tepung kastard
1 camca besar gula kastor
2/3 cawan susu segar
15 gram mentega
2 camca teh esen vanilla
( atie buat dua adunan filling utk sebiji kek, mcm Hasue buat )


CARA MEMBUATNYA :

UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.

>Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat saiz 7 inci (mat guna acuan kaca macam dalam gambar). Ketepikan. atie guna loyang bulat biasa je

>Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masuk telur dan putar hingga kembang. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung naik sediri + tepung kastard sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.

>Masukkan 1/2 adunan ke dalam bekas yang telah disediakan, ratakan dan buat sedikit lubang ditengah2nya. Tuang kastard, ratakan dan tutup dengan baki adunan, ratakan dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.

>Sejukkan sebelum dihidangkan. Jika suka boleh ayak gula aising atas permukaan kek sebagai penyeri...Selamat mencuba!!!

kepada penggemar2 kek diluar sana, mesti buat kek nih ye:)


5 comments:

Mas said...

amboii...cantiknya warna kastard tu..nampak berseri kek tu..he...he..
sedappkan tie kek ni, kak mas pun tak puas makan lagi..nanti nak buat lagi..he..he..

HaSue said...

wahh..cunnya buh kaler kat inti kastad tu..sbb kastad nya yg penyedap..mmg best buat double adunan kan atie.. :)

K.Nor said...

mmg cantik atie, bila letak kaler lain kat kastard tu, nampak lebih menyerlah kan.. :)

atie @ ejay said...

>> kak mas
hehe 2la..klu ikutkan hati nak buat lagi pg nih jgk

>> haSue
a'ah..best sgt2!eeei diet oh diet:)

>>k.nor
hehe nih dpt inspirasi dr k.nor lah..:)

izahdaut said...

cantik kek nyer..lawalawa..