Recent Posts

Monday, March 21, 2011

apple crumble

assalamualaikum...

1st time try buat sendiri apple crumble.. senang je pun ehehe. buat nih pepagiii sabtu .nak tahu jam berapa?? ku satu pagi.. masa tuh mata tak ngantuk dan tak tahu nak buat ape.. en.suami ngn auni pon tak tido lg. biasalah auni tuh kul 2,3pagi baru nak lelap.. hish camana lah bila ibu dah mula masuk keje balik minggu depan..

resipi apple crumble nih atie ambik dr rumah kak hana. rasanya mmg best la kan.. nak2 klu makan time cuaca panas gitu. makan plk ngn aiskrim vanilla tuh.. makan masa panas2 pun best jgk.. rangup je hehe. haaaiih diet oh diet.. camana jadik klu asyik nak melahap makan je nih..


RESEPI APPLE CRUMBLE

sumber : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
Untuk Crumble
150g tepung gandum
50g gula
110g butter sejuk dr peti ais
sedikit garam

Untuk Inti
3 biji epal - kupas dan potong dadu/slice
2 sudu mkn gula perang
½ sudu kecil serbuk cinnamon

Cara-cara
Satukan semua bhn crumble sehingga menjadi serbuk breadcrumb. ketepikan.
Dalam mangkuk lain, satukan semua bahan inti dan gaul sebati. Masukkan ke dalam
mangkuk tahan panas yang telah dilengser dgn sedikit butter.
Masukkan inti. Tutup inti dengan menaburkan crumb tadi.
Bakar suhu 180 hingga kekuningan lebih kurang 30-40min.
Hidangkan dengan aiskrim atau sos kastad jika suka. Kalau suka makan sejuk, masukkan peti ais terlebih dahulu.


1 comment:

Princess Hippiey said...

biasanya, mknan x cantik 2 sedap