Recent Posts

Sunday, October 10, 2010

~ agar-agar pelangi ~

sbb tak tau nak masak ape utk bwak ke sekolah pg td... mlm tuh selongkar cari bhn2 yg boleh dimasak, akhirnya saya buat puding warna-warni nih yg agak simple dan mudah. mmg colourful.. ni mujur botol pewarna mkanan yg color hijau tuh saya tak dapat bukak.. klu tak, lg bertambah colourful hehe. resipi ni saya cedok dr rumah kak liza.

Bahan A
1 peket agar-agar [37 gm][rendamkan sebelum merebusnya]
6 mug air
2 cawan gula

Bahan B
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastad


Bahan C
1 s/b serbuk koko bancuh
1 s/t nescafe
1 s/b air suam


Bahan D
pewarna merah

Cara


1. Masakkan agar dengan air sehingga hancur.
2. Masukkan gula. Bila mendideh tapiskan.
3. Bancuhkan bahan B dan tapiskan.
4. Masukkan bancuhan bahan B dan kacau sehingga agak pekat.
5. Asingkan adunan pada 3 bahagian .
6. Masukkan bancuhan bahan C dlam 1 bahagian tadi dan masakkan sehingga agak pekat.
7. Masukkan beberapa titik pewarna merah dalam 1 bahagian dan kacau rata.
8. Biarkan 1 bahagian pada warna asal [kuning kastad]
9. Lapiskan dengan perlahan2 adunan coklat kedalam acuan berselang seli dengan adunan kastad dan juga adunan merah.
10. Biarkan adunan keras sebentar.
11. Seukkan dalam petisejuk dan boleh potong.
12. Hidangkan.

2 comments:

Wafi comel said...

Alhamdulillah ...... sedapnya ..

KatekateKite said...

kite copy tau resepi nih! nak try buat ;)
bile tu tataulah! hehehee... =D