Recent Posts

Tuesday, September 16, 2014

Kak Chiffon Oren

Assalamualaikum...

16  September 2014 : hari cutii... selamat bercuti semua. alhamdulillah masih diizinkan Allah untuk hidup di atas muka bumiNya lagi untuk hari ini..


Sekarang bersiaran dari Terengganu, sekarang ni kan cuti sekolah.. balik sini dulu kali ni, inshaAllah esok pagi akan bertolak ke kampung halaman saya pula.. kebetulan kali ni ada Majlis Ihtifal Sekolah Agama Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Akademi Binaan Malaysia, Kuala Berang yang turut disertai oleh pasukan nasyid dan seorang qariah sekolah bagi mewakili negeri Kedah. Jadi tak lepaskan peluang untuk memberi sokongan kepada diorang kat sana.. turut serta datang ialah 2 buah bas rombongan pelajar asrama bersama guru-guru pengiring...

Ok.. tukar tajuk pulak hehehe berbalik kepada tajuk entri kat atas tu, nak cerita tentang kek chiffon oren yang memang gebu ni.. memang tak rugi mencuba. dah lama sebenarnya buat kek ni untuk dibawa ke rumah pengasuh auni.. tapi tak bawa semua lah, tinggalkan sedikit untuk kami anak beranak.. alhamdulillah kek yang simple macam ni anak-anak pun laju je makan dan sebenarnya saya dah mula jatuh cinta dengan kek-kek chiffon ni.. rasanya yang tak berat dan kurang manis berjaya menambat hati.. ada jugak cuba buat kek chiffon pisang coklat tapi tak sempat nak ambik gambar...
ok.. saya ambik resepi kek chiffon oren ni dari blog che Mat.. terima kasih ye dan tak lupa juga buat pemilik asal resepi ni.. Gert :)


KEK CHIFFON OREN
Sumber : Gert , Mat Gebu

BAHAN A :-)
1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*
1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
6 kuning telur gred A
1/2 cawan gula halus
1 biji oren, diparut kulitnya
3/4 cawan jus oren
1/4 cawan minyak jagung/sayur

BAHAN B :-)
6 putih telur gred A
3/4 cawan gula halus
1 camca teh cream of tartar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan2 A dan kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
  2. Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga putih telur kental.
  3. Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul dengan no. 1 sehingga rata. Masukkan baki putih telur tadi dan gaul hingga sebati. Taung dalam tin chiffon berukuran 10 inci (JANGAN lenser tin dgn mentega atau minyak), bakar selama 1 jam hingga kek masak. Test dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih, kek masak.
  4. Terlungkupkan kek dan biar betul2 sejuk (dalam 1 - 2 jam), baru disisip tepi kek dengan pisau untuk dikeluarkan. Boleh dihidangkan...

Selamat mencuba....

2 comments:

Bbwana adienia said...

serius cantik dan gebu sangat kek cipon tu..heheh..

Misz-ella Ismail said...

sedapnya .. Kc mmg peminat kek chiffon. nak pulak yg perisa oren.