Assalamualaikum...
Tart Nanas Cream Cheese
Sumber:Kak Fida
Sumber : Rahel
Bahan-bahan:
300g mentega-lembut
250g cream cheese
600g top flour/tepung gandum-diayak - saya kurangkan 50 gram
1 sb esen vanila
1 sb gula kastor/gula icing
garam secukup rasa (sy tak gunakan)
inti nanas secukupnya-bulat2kan
Cara-cara:
1.Pukul mentega dan cream cheese hingga rata dan masukkan gula,garam dan vanila dan
pukul terus hingga kembang.
2.Masukkan pula tepung sedikit2 dan uli hingga mendapat doh yang lembut.
3.Jika adunan masih melekit di tangan,tambah lagi tepung secukupnya dan uli lagi hingga doh
boleh dibentukkan.
4.Ambil sedikit doh,beri inti nanas,kemudian bulat2kan.Susun di atas dulang pembakar.
Bakar pada suhu 170'C selama 25-30 minit atau sehingga tart masak.
tips:Sapu tart dengan kuning telur kemudian taburkan keju cheddar parut di atasnya barulah
tart dibakar.
Jumlah tart berbeza mengikut saiz yg anda akan buat.
Dah berkali-kali buat tart ni, baru saya perasan..untuk memudahkan kerja nak bentukkan tart, simpan sebentar doh yang siap diadun ke dalam peti sejuk.. saya pernah adun doh pada waktu malam, kemudian balut kemas dengan plastik dan disimpan semalaman di dalam peti.. hasilnya doh menjadi semakin lembut dan senang dibentuk.. sebelum digunakan, keluarkan doh dari peti sejuk dan biarkan sehingga doh menjadi lembut...
Setelah sekian lama tak berkongsi resepi di blog yang bukan takat suam malah dah sejuk beku dah pun.. tetiba hari ni rasa teringin je nak berkongsi resepi yang best ni. Selain kekangan masa, rasa semangat nak berblog tu dah makin kurang atas beberapa faktor.. semangat dah terbang melayang jauh entah kemana, tak macam dulu lagi..
Berbalik pada tajuk resepi kat atas ni..
Ini merupakan tart nanas pertama yang saya hasilkan sendiri.. zaman sekolah dulu, musim raya adalah bantu kakak buat tart nanas, yang intinya dibulat-bulatkan dan letak kat atas biskut tu.. seingat saya, inti tart nanas pun kakak sendiri yang buat.. buka beli yang siap..
Tart nanas merupakan salah satu biskut yang menjadi kegemaran saya suatu masa lalu hihihi cukup sukakan tart nanas yang lembut gebu dan mencair dalam mulut.. tapi lama kelamaan datang rasa jemu untuk menjamah biskut ni walau terhidang depan mata... hilang rasa cinta pada tart yang gebu dan berderai tu..
Dalam bulan puasa hari tu..terpandangkan tart nanas kat blog kak Rahel.. tengok nama tu macam best je sebab ada cream cheese.. dan bila baca resepinya, mak ai..sikitnya bahan, pulak tu guna cream cheese untuk buat adunan biskutnya.. macam menarik je kan.. jadi sebelum balik raya, saya cuba resepi tart yang sangat simple dan mudah ni.. alhamdulillah, jatuh cinta dengan rasa dan teksturnya yang tidak gebu tu..
Disebabkan tak puas makan masa raya aritu, pagi tadi buatkan lagi... memang suka dengan resepi tart nanas ni.. akan gunakan resepi ni je kalau nak buat tart.. biasalah saya ni jenis yang setia hihihi. kalau dah jumpa dengan resepi yang kena dengan selera, sangat payah nak mencuba resepi yang lain.
Ok, saya kongsikan resepi kat bawah. terima kasih kepada pemilik asal resepi ni iaitu kak Fida..
Ok, saya kongsikan resepi kat bawah. terima kasih kepada pemilik asal resepi ni iaitu kak Fida..
Sumber:Kak Fida
Sumber : Rahel
Bahan-bahan:
300g mentega-lembut
250g cream cheese
600g top flour/tepung gandum-diayak - saya kurangkan 50 gram
1 sb esen vanila
1 sb gula kastor/gula icing
garam secukup rasa (sy tak gunakan)
inti nanas secukupnya-bulat2kan
Cara-cara:
1.Pukul mentega dan cream cheese hingga rata dan masukkan gula,garam dan vanila dan
pukul terus hingga kembang.
2.Masukkan pula tepung sedikit2 dan uli hingga mendapat doh yang lembut.
3.Jika adunan masih melekit di tangan,tambah lagi tepung secukupnya dan uli lagi hingga doh
boleh dibentukkan.
4.Ambil sedikit doh,beri inti nanas,kemudian bulat2kan.Susun di atas dulang pembakar.
Bakar pada suhu 170'C selama 25-30 minit atau sehingga tart masak.
tips:Sapu tart dengan kuning telur kemudian taburkan keju cheddar parut di atasnya barulah
tart dibakar.
Jumlah tart berbeza mengikut saiz yg anda akan buat.
Dah berkali-kali buat tart ni, baru saya perasan..untuk memudahkan kerja nak bentukkan tart, simpan sebentar doh yang siap diadun ke dalam peti sejuk.. saya pernah adun doh pada waktu malam, kemudian balut kemas dengan plastik dan disimpan semalaman di dalam peti.. hasilnya doh menjadi semakin lembut dan senang dibentuk.. sebelum digunakan, keluarkan doh dari peti sejuk dan biarkan sehingga doh menjadi lembut...
No comments:
Post a Comment