Recent Posts

Sunday, November 3, 2013

Sof Crust Pizza.. resepi yang sama je...

Assalamualaikum.....




Pizza lagi untuk makan malam ni... tapi gambar2 ni pizza yang minggu lepas punya ye hihihi
Kali pertama cuba letakkan sweet basil atas pizza.. letak sebelah je kot en.suami tak suka..
Memang benar tekaan saya.. dia tak suka. tapi saya?? sukaaa sangat-sangat hihi
Best la makan sweet basil ngn pizza.. kena je dengan selera dan anak tekak saya ni.. suami cakap tak suka sebab baunya kuat.. ni kali pertama petik pucuk sweet basil ni untuk makan.. sebelum ni petik dan buang camtu je, nak bagi pokoknya rimbun..

Seperti selalunya.. saya tetap setia dengan resepi doh pizza nan satu ni..  
pernah cuba yang lain tapi... hasil dan rasanya tak sama.. lepas tu...tak pernah curang.. 
tak teringin nak cuba yang lain lagi sebab yang ni adalah doh pizza yang terbaik bagi saya hihi 
moga-moga suatu hari nanti pintu hati saya terbuka untuk cuba resepi yang lain hehehe



SOFT CRUST PIZZA
sumber : kak hana



Bahan doh :

250 gram tepung roti ( high protein flour )
130 ml air
1/2 camca teh garam
1/2 camca besar gula
1 camca teh yis ( instant yeast )
1 camca besar madu
1 camca besar lemak sayur ( shortening )
2 camca besar minyak zaitun
2 ulas bawang putih ,cincang halus
1 camca teh oregano kering




Cara membuatnya:
  1. UNTUK DOH:- Ayak tepung dalam satu bekas, satukan yis segera, garam, gula, oregano kering dan cincangan bawang putih. Gaul hingga rata. Tuang madu dan minyak zaitun, gaul hingga sebati dalam tepung. Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh. Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayur dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. Bulat2kan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega. Tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN:-Masukkan semua bahan dalam breadmaker dan pilih setting untuk doh. Tekan dan biar hingga siap.
  2. UNTUK PIZZA:- Keluarkan doh, uli 5 minit dan letakkan doh atas dulang pizza yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Tekan2 dgn hujung jari sehingga doh memenuhi dulang tadi. Biar doh tebal sedikit di bahagian bibir dulang. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 5 minit. Keluarkan dari oven dan sapu dengan sos lada hitam, susun semua bahan inti kecuali keju mozarella. Akhir sekali baru tabur keju hingga rata. Turunkan suhu 180C dan bakar lagi 15 - 20 minit. Hidangkan panas2 bersama cili sos/tomato atau sos kegemaran....selamat mencuba!!!

3 comments:

mama sara nur said...

assalam atie
sedapnya pizza home made
lama akak x buat pizza kat rumah ni he hee mula2 dulu excited hari2 buat

atie @ ejay said...

wassalam..

yela kak,lagi puas hati makan yg buat sendiri kan hihi

nuratika aziz said...

oh maiii..nampak lazat gila ahh.haha, tiba-tiba rasa teringin untuk makan piza memuncak -..-
blogwalking here and feel free to visit my blog http://bynuratikaaziz.blogspot.com
thank you sis